Mungkin remaja lain bercita-cita mejadi seorang doktor, jurutera mahupun selebriti tapi lain pula dengan remaja ini.
Baru-baru ini viral di laman sosial apabila video seorang remaja gigih berlatih menebar roti canai sehingga berjaya. Video tersebut ditonton seramai 298.2 ribu orang setakat ini.
Sudah semestinya sebagai rakyat Malaysia pasti kita tahu apa itu roti canai kan?Roti canai merupakan antara makanan yang paling popular bukan sahaja dalam kalangan kita malah pelancong asing juga.
Dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @faktura dimana menerusi video perkongsian itu, remaja terbabit telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang penebar roti canai terbang.
Rakaman yang berdurasi 20 saat itu memaparkan pelbagai usaha yang dilakukan olehnya sehingga dia bertekad untuk mencapai impiannya. Meskipun sudah beberapa kali menempuh kegagalan, namun itu tidak membuatkan dia berpatah semangat malah meningkatkan lagi usahanya dengan membuat latihan menggunakan kain.
Setelah mempunyai keyakinan yang tinggi, remaja terbabit mula beralih dengan melatih dirinya menggunakan doh pula. Lama-kelamaan, usahanya membuahkan hasil sehingga dia berjaya mendapat tempat pertama di dalam sebuah pertandingan.
Ads
Apabila melihat situasi itu, rata-rata warga netizen berasa terharu dan turut tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat agar dapat menjadi seorang penebar roti canai berjaya buat remaja yang bernama Muiz Ruzaini. Posting itu berjaya telah mencuri perhatian ramai menerusi laman media Twitter berkenaan.
Rogol adalah satu perbuatan paksaan tanpa kerelaan dari mangsa. Jenayah kekerasan ini bukan saja mendatangkan trauma berpanjangan tetapi memori ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat mangsa.
Jenayah rogol tidak hanya terjadi kepada kanak-kanak, remaja mahupun wanita dewasa. Ada juga kes yang mendapat perhatian masyarakat kerana mangsanya terdiri dari warga emas yang sudah hilang kudrat untuk melawan.
Sebahagian kes rogol, pelakunya langsung tidak dikenali mangsa. Ianya terjadi secara rambang. Tapi ada juga kes hubungan suka sama suka namun disebabkan mangsa bawah umur, pelakunya tetap didakwa.
Berkongsi tentang jenayah rogol, apa yang didedahkan oleh dua pegawai polis wanita ini iaitu Inspektor Nurul Akma binti Khalid, 32 tahun dan ASP Radhiah binti Mamat, 36 tahun dari Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur) pasti mengejutkan semua orang.
Perlakuan suami isteri yang disangka halal sehingga lahir zuriat keturunan rupanya boleh disabitkan sebagai jenayah seksual jika hubungan kelamin dilakukan secara paksa tanpa ada kerelaan dari isteri.
Hubungan suami isteri boleh bertukar menjadi detik ngeri jika wujud unsur paksaan
Terkejutkan dengan kenyataan inikan! Suami mungkin menyangka, mereka boleh mendatangi “ladang untuk bercucuk tanam” tanpa ada batasan masa dan waktu tetapi ia boleh bertukar kepada perlakuan jenayah tanpa diduga.
Menyebut jenis-jenis keganasan yang biasa terjadi pada wanita, perkongsian awal dari Inspektor Nurul Akma ini sudah pasti cukup mengejutkan.
Katanya, sepanjang bertugas di Unit D 11 iaitu Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak sejak 5 tahun lalu, dia banyak menerima aduan suami memaksa isteri melakukan hubungan seksual tanpa kerelaan.
Apabila aduan dibuat, kes akan disiasat di di bawah Seskyen 375 A Kanun Keseksaan. Jika siasatan mendapati wujudnya paksaan dalam hubungan kelamin ini, suami boleh didakwa atas jenayah rogol terhadap isteri. Hukuman penjaranya 5 tahun. Ini berbeza kalau kalau seseorang menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman 20 tahun penjara dan sebatan.
Jika ada paksaan, ia satu perlakuan jenayah biar pasangan suami isteri – Inspektor Nurul Akma
Kongsi Inspektor Nurul Akma lagi, dia pernah berhadapan satu siasatan membabitkan pasangan yang dalam proses hendak bercerai.
Suatu malam, suaminya datang ke rumah dan mengajak isterinya untuk mengadakan hubungan kelamin. Ia juga salah satu cara suami ini untuk memujuk isterinya menerimanya semula kerana dia enggan menceraikan isterinya.
Disebabkan keengganan isteri menerima pelawaan mengadakan hubungan seksual secara sukarela, suaminya telah menampar, mencengkam kedua belah tangannya dengan ganas dan seterusnya melakukan hubungan seksual tanpa kerelaan.
Adakala wujud konflik antara suami isteri hingga timbul perlakuan ganas – pix sumber internet
Keesokkan harinya isteri ada membuat aduan di balai polis. Siasatan mendapati tubuhnya ada kesan lebam akibat ditampar. Pemeriksaan doktor juga mendapati berlaku kemasukan benda tumpul ke kemaluannya.
Kes ini kita siasat di bawah Seksyen 375 A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun.
Jelas Inspektor Akma lagi, sebarang bentuk paksaan boleh dikira sebagai jenayah rogol biarpun pelakunya adalah suami isteri yang sah hukum pernikahannya.
“Ya dalam hukum Islam mengatakan hubungan suami isteri itu halal tetapi dalam undang-undang, sebarang bentuk paksaan adalah perlakuan jenayah,” katanya yang mahu semua lelaki memandang serius isu ini.
Mungkin kedengaran lucu tetapi tidak ramai yang tahu, melakukan hubungan kelamin dengan paksaan adalah satu jenayah di negara ini.
Mulai Julai tahun ini, kerajaan sudah mewartakan, sebarang jenayah yang dilakukan terhadap kanak-kanak di bawah usia 18 tahun, bentuk hukumannya menjadi lebih lama berbanding sebelum akta ini dikuatkuasakan.
Mengulas penubuhan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak di Putrajaya, jelas ASP Radhiah, di bawah Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak 2017 yang diwartakan 7 Julai 2017 yang lalu, mahkamah ini ditubuhkan khas bagi mendengar perlakuan jenayah bagi kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.
jangan takut membuat aduan dan segera bertindak – ASP Radhiah
Sebagai contoh, kalau sebelum akta ini diwartakan, hukuman bagi kesalahan mencabul kanak-kanak, seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, pelakunya boleh dihukum penjara 10 tahun. Tetapi selepas diwartakan, hukuman boleh meningkat sehingga 20 tahun penjara,” katanya yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat dalam pasukan polis.
Dalam pada itu, kedua-dua pegawai polis wanita ini turut menasihati para wanita mahupun remaja untuk terus segera bertindak seandainya menyedari diri mereka diperlakukan tanpa kerelaan.
“Jangan tunggu lama atau memilih untuk berdiam diri kerana ada hak dari segi peruntukan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak dan wanita. Jangan malu kerana semakin lama dipendam, pelakunya mungkin menjadi lebih aagresif.
“Kalau bukan kepada kita, dia mungkin melakukan jenayah yang sama kepada orang lain pula. Jadi hal ini akan berterusan dan tiada kesudahan,” kata keduanya.
Menasihati remaja di luar sana untuk segera bertindak jika menyedari wujud perlakuan jenayah, kata ASP Radhiah, mereka boleh segera ke balai polis kerana setiap aduan akan diterima.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berikutan pengumuman Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, Moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan akan diberi kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20.
Ramai peminjam mula menarik nafas lega apabila kebanyakan bank membenarkan penangguhan pembayaran pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan kad kredit selama 6 bulan sejak wabak COVID-19 mencatatkan jumlah positif agak ramai.
Justeru, Bank Negara Malaysia (BNM) berkongsi tiga saluran atau cara untuk memohon moratorium dengan lebih mudah dan cepat bagi anda yang layak.
Isi borang di laman web
2. Email
3. Panggilan Phone
Untuk maklumat, permohonan ini dibuka bermula 7 Julai esok.
Untuk khidmat nasihat kewangan dan bimbingan, anda boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui pautan INI.
Bagi maklumat lanjut, anda juga boleh merujuk terus kepada BNM melalui pautan INI.
Jika anda mengalami masalah dengan permohonan atau menghubungi bank, anda boleh maklumkan kepada BNM melalui pautan INI.
Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan, pemberian moratorium itu tidak memperuntukkan sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan.
Beliau turut memaklumkan tiada lagi dokumentasi perlu dikemukakan untuk permohonan bayaran balik pinjaman berkenaan.
Sejak beberapa minggu ini, sering kali kita mendengar berita tentang kes positif COVID-19 yang berlaku di sekolah-sekolah mahu pun pusat pengajian. Hal ini turut membimbangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ekoran peningkatan beberapa kluster pendidikan sepanjang minggu lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan mendadak sebanyak 313.3 peratus dalam kluster pusat pendidikan amat membimbangkan berikutan individu daripada pelbagai isi rumah akan berada dalam ruang dan waktu yang sama, berisiko menyebabkan tercetusnya kluster yang tidak diingini.
KKM telah mengesan sebanyak 62 atau 70.5 peratus kluster pusat pendidikan, disusuli 18 (20.5 peratus) kluster tempat kerja; empat (4.6 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu (1.1 peratus) kluster komuniti; kluster keagamaan; kluster import dan kluster pusat tahanan.
Terbaharu, sebanyak 15 sekolah di Kedah terpaksa ditutup sejak 18 Jan lepas berikutan 525 pelajar dan 25 guru di sekolah berkenaan dikesan positif COVID-19. 13 sekolah yang ditutup itu adalah sekolah asrama harian manakala dua lagi sekolah biasa.
Dr Noor Hisham turut menjelaskan, pematuhan SOP perlu sentiasa ditekankan sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi persekolahan walaupun kebanyakan populasi dewasa dan remaja sudah menerima vaksin COVID-19.
Para pelajar diingatkan supaya mengamalkan pemaiakan pelitup muka dengan cara yang betul da sentiasa menjalani saringan COVID-19 sekiranya bergejala sebelum hadir ke sekolah.
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk sentiasa memantau tahap kesihatan anak-anak di rumah.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, minggu kedua Big Stage Alpha mengejutkan para penonton apabila dua peserta terpaksa akur tersingkir pada minggu kedua dari pentas saingan.Bersiaran secara langsung...