Tarikh tayangannya dijadualkan pada bulan Mac, namun seawal bulan Januari lagi filem ini sudahpun mencetuskan kontroversi.

Paparan klip acah (teaser) bagi sebuah filem tempatan berjudul Pulau pada minggu ini telahpun mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Filem Pulau dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal termasuklah Alif Satar, Namron, Amelia Handerson dan Ikmal Amry serta memperkenalkan bintang baharu seperti Jazmy Juma Khan, Harris Annuar, Sabronzo, Mark O’dea dan Sanjna Suri dan Miss Pui Yi telah menjadi perbualan hangat di media sosial.

Respon Campur-Baur Lepas Teaser ‘Pulau’ Keluar, Ada Warganet Teruja Lihat Filem Tempatan Kini Lebih Terbuka

Rata-rata meluahkan rasa terkejut apabila mereka melihat beberapa babak ‘berani mati’ yang ditonjolkan dalam klip filem terbitan Web TV Asia itu. Bukan hanya perihal pakaian dalam filem ini yang memaparkan lelaki tidak berbaju dan wanita berbikini yang menjadi persoalan.

Respon Campur-Baur Lepas Teaser ‘Pulau’ Keluar, Ada Warganet Teruja Lihat Filem Tempatan Kini Lebih TerbukaRespon Campur-Baur Lepas Teaser ‘Pulau’ Keluar, Ada Warganet Teruja Lihat Filem Tempatan Kini Lebih Terbuka

Malah, beberapa aksi tidak sesuai untuk tontonan di pawagam tempatan juga turut disertakan dalam klip acah berkenaan featuring model-deejay berimej seksi, Miss Pui Yi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nekad Tinggalkan OnlyFans! Model Malaysia Popular Akui Keterujaan Hilang, Ingin Fokus Jadi DJ – REMAJA

Respon Campur-Baur Lepas Teaser ‘Pulau’ Keluar, Ada Warganet Teruja Lihat Filem Tempatan Kini Lebih Terbuka

Dalam satu babak di pertengahan klip, ia turut memaparkan gandingan pelakon lelaki dan wanita yang seakan sedang berasmara biarpun filem tersebut menggunakan teknik kamera.

Tidak cukup sekadar itu, warganet juga terkesan dengan tarikh tayangan filem Pulau ini yang hanya dipisahkan selama dua minggu sahaja dari 1 Ramadan di mana umat Islam mula mengerjakan ibadah berpuasa. Ia dilihat seakan meminggirkan aspek sensitiviti penonton di Malaysia yang rata-ratanya daripada kaum Melayu.

Di sebalik kritikan ini, timbul juga rasa tidak sabar kritikan daripada pemerhati filem yang sebenarnya ingin menonton filem Pulau ini disebabkan keberaniaan penggiat filem merealisasikan sebuah naskah yang bersifat terbuka.

Cuma dari sudut seni hiburan, mereka mengkritik karya poster terawal filem Pulau ini yang dilihat mirip filem Hollywood berjudul Fantasy Island.

Respon Campur-Baur Lepas Teaser ‘Pulau’ Keluar, Ada Warganet Teruja Lihat Filem Tempatan Kini Lebih Terbuka

Malah mereka juga berpendapat pembikinan klip acah bagi filem Pulau ini tidak seharusnya menayangkan keseluruhan jalan ceritanya sehinggakan tiada lagi elemen kejutan yang ada semasa tayangan kelak.

Apa pendapat korang? Adakah korang sebahagian daripada warganet yang menentang tayanang filem Pulau ini? Ataupun korang merasakan filem sedemikian boleh sahaja ditayangkan asalkan bagi penonton berusia 18 tahun ke atas sahaja.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran klip acah filem Pulau oleh akaun GSC Cinemas di Twitter telahpun dimuat naik semula sebanyak 2,889 kali dengan rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap filem tersebut.

FOTO: Tangkap Layar dari Web TV Asia

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI