Semua peminat makanan ataupun mereka yang mengikuti perkembangan cef-cef ternama antarabangsa mesti pernah terdengar dan agak familiar dengan istilah bintang Michelin.

ARTIKEL BERKAITAN : 10 ‘Instant Mee’ Terbaik Dunia, Buatan Tempatan Antara Yang Diiktiraf

Baru-baru ini, empat restoran di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah dianugerahkan bintang Michelin pertama di Malaysia apabila Michelin Guide Kuala Lumpur dan Penang 2023 yang julung kali diperkenalkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Restoran Di Malaysia Terima ‘Bintang’ Dari Michelin, Apa Makna Bintang Tersebut?
Foto Via Malay Mail

Dua restoran di Kuala Lumpur yang menerima anugerah tersebut adalah Dewakan, sebuah restoran yang menyajikan hidangan Malaysia moden yang menggunakan hasil tempatan dan asli; dan sebuah restoran yang terkenal dengan masakan klasik Perancis dengan penekanan pada makanan laut hidup serta hasil tempatan iaitu DC by Darren Chin.

Di Pulau Pinang pula restoran dianugerahkan satu Bintang Michelin ialah: Auntie Gaik Lean’s Old School Eatery, yang menyajikan masakan Peranakan yang dibuat daripada resipi rahsia Chef Auntie Gaik  dan Au Jardin, sebuah restoran yang pakar dalam hidangan Eropah.

Restoran Di Malaysia Terima ‘Bintang’ Dari Michelin, Apa Makna Bintang Tersebut?
Foto Via The Star

Bukan senang untuk mendapatkan anugerah dan pengiktirafan dari Michelin ini. Penilai yang tidak diketahui identiti mereka akan menilai restoran berdasarkan lima komponen utama iaitu kualiti bahan, penguasaan memasak, keharmonian rasa, keperibadian cef melalui masakan dan konsistensi serta keseluruhan menu.

Ads

Beza Setiap Bintang

Restoran Di Malaysia Terima ‘Bintang’ Dari Michelin, Apa Makna Bintang Tersebut?
Sumber: Michelin Guide

Kalau korang nak tahu, ini apa yang dimaksudkan dengan jumlah bintang yang diterima dengan 3 bintang adalah yang tertinggi.

1 Bintang Michelin :  Tempat yang baik untuk berhenti dalam perjalanan anda, menunjukkan restoran yang sangat baik dalam kategorinya.

Ads

2 Bintang Michelin:  Restoran yang berbaloi untuk membuat ‘lencongan’ semasa memandu, menunjukkan hidangan yang sangat baik dan hidangan yang berkualiti, terampil dengan kemahiran mahir serta ketelitian

3 Bintang Michelin :Sebuah restoran bernilai ‘perjalanan khas’. Ianya menunjukkan masakan luar biasa di mana pengunjung akan merasai pengalaman yang hebat serta hidangan istimewa yang disempurnakan dengan menggunakan bahan-bahan terbaik.

Untuk pengetahuan korang, Chef Gordon Ramsey pernah memenangi sebanyak 16 Michelin Star sepanjang kariernya dan kini beliau hanya ada 7 bintang tersebut dan restoran ‘singnature’ beliau, Restoran Gordon Ramsay di London, telah memegang 3 bintang sejak 2001, menjadikannya restoran tiga bintang Michelin yang paling lama beroperasi di London.

Ads

Sumber : Michelin

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI