Restoran Ini Guna Khidmat Robot Untuk Menghantar Makanan, Galak Penjarakan Fizikal

Share

Satu inisiatif yang bijak telah dilakukan oleh sebuah restoran apabila mereka menggunakan robot sebagai penghantar makanan untuk mengelakkan penjarakan fizikal dengan para pelanggan.

Dengan peningkatan kes positif COVID-19 yang berlaku di negara kita, wajar kami katakana bahawa langkah ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan kontak dengan orang ramai.

Bertempat di i-City Shopping Center, NALE The Nasi Lemak Co. telah menggunakan khidmat robot dipremisnya itu. Robot ini digunakan untuk mengelakkan daripada berlakunya sentuhan atau dekat dengan pelanggan, disamping mengatasi kekurangan tenaga pekerja.

Sewaktu penghantaran, robot pun pakai ‘mata’. Hehe!

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi mereka, ia memaparkan bagaimana robot tersebut berfungsi dan apa yang lebih menarik, penghantaran yang dibuat oleh robot itu disertai dengan senyuman.

Killing 2 birds with one stone. Manpower shortage and social distancing.

Posted by NALE The Nasi Lemak Co. on Wednesday, September 23, 2020

Robot pun boleh senyum tau. Hiks!

Wah, comelnya!

Published by
Noor Ain Norman