Filem terbaharu, Fly Me to the Moon merupakan genre komedi romantis yang menampilkan tema ‘NASA space race’ pada tahun 1960-an.

Dihasilkan dengan lakonan hebat daripada Scarlett Johansson dan Channing Tatum, filem ini menggabungkan elemen kisah cinta, thriller sains, dan komedi klasik. Selain itu, ia juga mencampurkan unsur fiksyen sejarah, menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.

Filem ini mengisarkan sejarah alternatif NASA pada tahun 1969, memfokuskan kepada dua watak utama: Kelly Jones (Scarlett Johansson), seorang pakar pemasaran baharu, dan Cole (Channing Tatum), pengarah pelancaran misi.

ARTIKEL BERKAITAN: [REVIEW] Indiana Jones And The Dial Of Destiny Sarat Aksi, Nilai

[REVIEW] Fly Me To The Moon: Kisah Angkasa Lepas, Komedi Romantis Era 60-an

Plot utama berpusat pada usaha mereka mendapatkan pembiayaan daripada kongres untuk misi ke bulan. Namun, subplot yang besar melibatkan usaha NASA untuk merakam versi palsu pendaratan angkasawan mereka di bulan, menjadikan konflik cerita semakin menarik.

Walaupun Fly Me to the Moon mengandungi banyak fiksyen dan pseudo-sains, ini tidak menghalang penonton untuk ‘menikmati’ jalan ceritanya. Menerusi filem ini, Johansson dan Tatum memberikan lakonan yang menawan dan hebat, selain dikelilingi oleh pelakon sokongan yang turut memberikan impak positif, seperti Jim Rash yang mencuri adegan sebagai pengarah diva Lance Vespertine dan Anna Garcia sebagai pembantu Ruby.

Satu lagi aspek yang menarik dalam filem ini adalah mesej moral yang disampaikan. Kelly menyatakan kepada Cole selepas kejayaan projek mereka:

“Kebenaran tetap kebenaran walaupun tiada siapa yang mempercayainya. Dan pembohongan tetap pembohongan jika semua orang mempercayainya,”

Mesej ini sangat penting, terutama dalam konteks menjaga keselamatan angkasawan dan mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadap sains.

[REVIEW] Fly Me To The Moon: Kisah Angkasa Lepas, Komedi Romantis Era 60-an

Meskipun banyak momen dan kelainan terbaik telah dibocorkan dalam treler, terdapat beberapa adegan yang diolah dengan bijak, menjadikan Fly Me to the Moon sebuah pengalaman yang menyeronokkan.

Mungkin jika plotnya lebih dekat dengan realiti dan kurang fokus kepada elemen fiksyen, ia dapat memberikan impak yang lebih mendalam. Filem ini juga menyajikan hiburan yang berbaloi untuk ditonton!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI