[REVIEW] Haunted Mansion Rumah Agam Penuh Misteri, Misi ‘Bebaskan’ Roh

Share

Karya kali ini diarahkan oleh Justin Simien dan dijayakan pelakon hebat seperti pelawak terkenal, Owen Wilson; di samping pelakon Tiffany Haddish, Danny DeVito, LaKeith Stanfield, Rosario Dawson, Dan Levy, Jamie Lee Curtis dan Jared Leto (meminjamkan suara untuk hantu topi tinggi).

Filem seram komedi ini mengisarkan ibu tunggal, Gabbie (Dawson) yang membawa anaknya, Travis (Dillon) berpindah ke sebuah rumah agam bagi mengubati kesedihan anaknya.

Bagaimanapun sebaik tiba, mereka menyedari rumah itu berhantu dan walaupun sudah melarikan diri, roh itu terus mengikuti mereka serta mahu mereka kembali ke rumah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [REVIEW] Indiana Jones And The Dial Of Destiny Sarat Aksi, Nilai

Justeru, Gabbie meminta bantuan seorang paderi, Father Kent (Wilson) dan Father Kent pula meminta bantuan Ben (Stanfield) seorang saintis yang mencipta sebuah kamera yang boleh menangkap gambar hantu tetapi menjadi pemandu pelancong selepas kematian isterinya, Alyssa.

Ben yang masih bergelut dengan kesedihan dan menyalahkan dirinya kerana kematian Alyssa berpura-pura mahu membantu Gabbie dan Father Ken, bagaimanapun menyedari dia juga dihantui salah satu roh daripada rumah agam tersebut.

Mereka kemudiannya meminta bantuan Harriet (Haddish), bomoh dan juga Professor Bruce Davis (DeVito) serang pensyarah dalam bidang sejarah. Pendek kata, semua yang memasuki rumah agam itu seolah-olah terperangkap dan dihantui salah satu daripada 99 roh yang berkeliaran.

Oleh itu, mereka bersama-sama bekerjasama bagi membantu mencari penyelesaian dan punca roh-roh itu tidak dapat bersemadi dengan tenang.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath