Rasanya sudah lama penulis tidak menonton sebuah filem horror terutamanya dalam sub-genre slasher film di pawagam. Dan disebabkan itulah pengalaman menonton filem slasher terbaru berjudul ‘Hell Fest’ mengembalikan satu memori yang cukup uni sepanjang menontonnya semalam di Tayangan Premier Hell Fest x REMAJA di TGV Sunway Velocity.
Genre yang telah melahirkan filem-filem seram yang memaparkan pembunuh bersiri atau psikologi thriller sehingga kini mempunyai pengikut dan peminat mereka tersendiri. Dengan barisan filem hebat seperti ‘Psycho’ (1960), ‘The Texas Chain Saw Massacre’ (1974), ‘A Nightmare on Elm Street (1984), ‘I Knoe What You Did Last Summer’ (1997), ‘Scream’ (1996) dan banyak lagi.
BACA: ‘Searching’, Kisah Thriller Dari Skrin Ke Layar Perak
Menariknya kebanyakan filem slasher mengetengahkan sekumpulan remaja yang cukup naif dalam keadaan ingin bergembira bersama yang kemudian bertukar menjadi igauan ngeri dengan kehadiran pembunuh bersiri. Dan kebanyakan filem genre ini juga tidak mempunyai plot yang terlalu kompleks. Cuma misteri di sebalik pembunuh bersiri itu yang akan buat kita terus tertanya-tanya mengapa dan siapakah dia sebenarnya.
Begitu juga dengan ‘Hell Fest’ yang mengetengahkan Natalie sebagai watak utama, dilakonkan oleh Amy Forsyth. Setelah pulang daripada universiti, Natalie bertemu dengan kawan baiknya, Brooke untuk bersama-sama meluangkan masa bersama bergembira di sebuah taman tema berkonsepkan seram dikenali sebagai HELL FEST.
Natalie dan Brooke turut disertai oleh tiga orang lagi rakan lama mereka untuk sama-sama ke HELL FEST. Di sana mereka melakuka pelbagai aktiviti seperti ke rumah hantu, naik roller coaster
dan memasuki maze yang dipenuhi dengan elemen menakutkan.Disebalik kegembiraan yang menakutkan itu muncul seorang lelaki bertopeng yang cukup menyeramkan. HELL FEST berubah menjadi sebuah medan pemburuan oleh pembunuh bersiri bertopeng tersebut. Pergerakannya menjadi cukup licik kerana terlalu ramai orang di dalam taman tema tersebut mengenakan topeng.
Natalie mula perasan yang seorang lelaki mula mengekorinya ke mana sahaja dia pergi. Namun rakan-rakannya hanya mentertawakannya yang menganggap Natalie hanya berasa takut disebabkan keadaan taman tema tersebut.
Seorang demi seorang mangsa yang dibunuh dengan kejam oleh pembunuh bersiri sehingga menimbulkan histeria di kalangan pengunjung yang tak keruan.
Perkara pertama yang buat REMAJA cukup kagum dengan filem ini ialah pembinaan set penggambarannya terutamanya di dalam taman tema tersebut. Mungkin dengan penglibatan penerbitnya Gale Anne Hurd yang pernah menjadi produser bagi drama bersiri popular ‘The Walking Dead’ telah menjadikan set filem ini sebagai sebuah karya yang cukup luar biasa.
Secara keseluruhan, ‘Hell Fest’ merupakan sebuah filem pop corn-seram yang tidaklah terlalu berat. Scene pembunuh bersiri melakukan jenayahnya juga tidaklah keterlaluan tetapi mampu buat korang rasa nak tutup mata. REMAJA juga suka kerana ia tidaklah terlalu sarat dengan jump scare yang kadangkala memang unnecessary. Overall, we like it!
‘Hell Fest’ telah mula ditayangkan di seluruh negara bermula hari ini, 27 September 2018. Go watch it now!
RATING: 3/5