This is it. Inilah antara filem superhero yang paling dinantikan pada tahun ini. And oh boy, that was something. Selepas dua filem terdahulu, Batman V Superman dan Suicide Squad yang mendapat ulasan cukup rendah daripada rata-rata pengkritik filem, DC cuba memberikan sesuatu yang berbeza untuk penonton menerusi gerakan kolektif superhero, Justice League. Adakah mereka berjaya pada kali ini?
Justice League membawa kita kepada dunia selepas kematian Superman. Seluruh dunia meratapi kehilanganya yang dianggap sebagai simbol keamanan sejagat. Namun dengan pemergian Superman, muncul ancaman baru dari dimensi dunia luar yang mula menunjukkan diri mereka. Petanda kemunculan ancaman baru ini telah kita saksikan menerusi BvS semasa Batman mendapat visinya dari masa hadapan.Batman/Bruce Wayne yang menyedari ancaman ini menjejak kehadiran Parademons yang semakin hari semakin banyak ditemui.
Berbeza dengan Batman yang sebelum ini lebih suka bersendirian, kali ini dia harus mencari dan membentuk sebuah pasukan yang terdiri daripada orang-orang yang mempunyai kemampuan luar biasa. Bersama Diana Price/Wonder Woman, dia menjejak Barry Allen/Flash, Arthur Curry/Aquaman dan Victor Stone/Cyborg. Dengan ketiadaan Superman, Batman merasakan mereka harus melakukan sesuatu dan menghalang ancaman baru, Steppenwolf.
Justice League tampil dengan nada yang lebih konsisten. Walau ada beberapa babak yang kesinambungannya agak caca merba tetapi ia boleh lagi dimaafkan. Semua juga sudah maklum tentang pengunduran Zack Snyder atas alasan keluarga (terutama selepas anak perempuannya membunuh diri) daripada terus menerajui filem ini. Mungkin itulah sebabnya Justice League dihadirkan tidak seperti naskhah Zack Snyder yang terdahulu. Justice League lebih ringan, fun
dan jauh sekali daripada elemen ‘dark‘ yang sering dibanggakan oleh peminat tegar DC. Mungkin ini kesan daripada pembabitan Joss Whedon, (pengarah Avengers)? Sepanjang 120 minit tayangannya, ia cukup ringan dan tidak terlalu berat untuk difikirkan. Segalanya cukup simple dan momentumnya juga agak baik dari babak ke babak.Pengenalan watak-watak baru juga tidak mengambil masa yang lama – mungkin kerana sudah diperkenalkan menerusi scene ‘thumbdrive‘ dalam BvS. Flash dalam filem ini muncul sebagai scene stealer. Setiap kali dia muncul di skrin, pasti ada sesuatu yang menarik dan mencuit hati. Afterall, dia seorang nerd yang mempunyai kepantasan sepantas kilat. Malah, dalam kesemua watak baru yang diperkenalkan, dia merupakan watak yang mempunyai arc. Cyborg pula berfungsi sebagai ‘perkakasan’ yang melengkapkan misi mereka. Tidak banyak struggle Cyborg ditonjolkan, jadi agak sukar untuk kita berasa simpati atau mengambil berat akan apa yang berlaku padanya. Aquaman pula muncul sebagai cool guy yang sado tapi dalam masa yang sama ada sense of humor cukup menebal. Bayangkan seorang jock
dalam team american football yang bersifat maskulin, tidak peduli apa orang kata tetapi baik hati. Yes, that’s Aquaman.Ben Affleck sebagai Batman menjalankan tugasnya dengan cukup baik. Begitu juga dengan pelakon lain; Gal Gadot, Ezra Miller, Jason Momoa dan Ray Fisher. Selain daripada kelemahan-kelemahan itu, secara keseluruhannya Justice League merupakan sebuah filem superhero yang okay. Seujurnya ia melebih expectation apa yang penulis letakkan (especially selepas ‘bencana’ BvS dan Suicide Squad). Masih ada banyak ruang perlu DC perbaiki, namun mereka menuju ke arah yang lebih baik. Semoga filem akan datang akan terus mengekalkan dan menambah baik apa yang kurang di dalam Justice League.
Rating: 3/5