[REVIEW] ‘Robin Hood’, Versi Terbaru Anti-Hero Legenda Inggeris

Share

 

Pada permulaan filemnya terdengar suara latar yang mengajak penonton melupakan sejarah terhadap wirawan kisah rakyat yang popular di England ini.

 

Ia seakan satu pujukan untuk kita melupakan segala kisah yang pernah muncul dalam pelbagai medium seperti buku, pementasan teater, drama TV dan juga puluhan versi filem Robin Hood yang telah kita tonton selama ini.

Jadi apa yang membezakan filem Robin Hood versi terbaru yang dbintangi oleh Taron Egerton dan Jamie Foxx ini? Sebagai permulaan kisah ini bolehlah kita anggap sebagai versi ‘origin’ Robin Hood yang sedikit berbeza dengan kisah-kisahnya yang pernah kita saksikan.

 

 

BACA: Ucapan Terakhir Pelakon Marvel Buat Stan Lee

Sebagai permulaan mesej utama yang dibawakan oleh filem ini ialah bukan hanya tentang kebobrokan golongan atasan yang berkuasa memeras golongan bawahan. Tetapi ia juga memberikan idea bahawa dalam dunia perang tiada pihak yang paling rugi melainkan marhaen.

Menggunakan latar belakang dan tulang belakang kisah perang salib, Robin terperangkap di antara kesetiaan terhadap negara atau terhadap kemanusiaan.

 

Robin Hood dan memanah memang tak dapat dipisahkan!

 

Penduduk di Nothingham pula berdepan dengan propaganda yang mendapat restu pihak gereja untuk memberikan segala harta benda mereka – rela atau tidak untuk membiayai perang tersebut.

Sedangkan hakikatnya ia adalah satu komplot jahat mereka bersama musuh di perbatasan yang ingin mengaut kekayaan menggunakan perang sebagai lunbuk emas mereka.

 

Ben Mendelsohn memegang watak sebagai antagonis utama, Sheriff of Nottingham.

 

Ia agak pelik dan ditonjolkan dengan cukup ringkas sedangkan sejarah tidak berlaku begitu. Walaupun cuba mencari hubung kait antara sejarah sebenar dan cerita rakyat ia kelihatan tidak dikembangkan dengan cukup baik apatah lagi bila menyentuh topik yang memberi signifikasi cukup besar dalam sejarah dunia.

Namun salah satu perkara yang paling menarik di dalam filem ini ialah hubungan Robin dan John yang pada mulanya kelihatan agak awkward namun menjadi semakin serasi selepas beberapa ketika.

Filem ini sedang ditayangkan di seluruh negara bermula pada 22 November yang lalu.

RATING: 2.5/5

 

Tonton Episod Kedua Dewi Remaja 2018/2019 pada 2 Disember (Ahad) ini di saluran Astri RIA (104) dan RIA HD (132). Kemudian, sit back dan ikuti LIVE Facebook serta Instagram bersama para finalis pada jam 11.30pm di akaun majalahremaja.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim