Nama novelis Ramlee Awang Murshid bukanlah calang-calang orangnya. Bagi peminat novel thriller tempatan, Ramlee Awang Murshid mempunyai sentuhan mata pena yang sentiasa tidak pernah gagal membawa imaginasi mereka ke dalam cereka ciptaannya.

Salah sebuah judul novelnya yang sentiasa disebut ialah Tombiruo. Kini karyanya diterjemahkan pula ke layar perak dengan menampilkan kerjasama luar biasa daripada empat penerbit iaitu Astro Shaw, Grup Buku Karangkraf, Ideate Media dan Layar Sunan.

Karya ke bentuk filem ini diberi judul, Tombiruo: Penunggu Rimba. Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin menjelaskan ini merupakan pertama kali mereka menerbitkan filem. Kejayaan novel Tombiruo yang diulang cetak sehingga 18 kali sejak tahun 1998 menjadikan penanda aras bahawa filem ini mampu mendapat sambutan hebat di kalangan peminat filem tempatan.

Filem Thriller Fantasi Terhebat 2017, Tombiruo: Penunggu Rimba Wajib Ada Dalam List!
Wan Suraya (Nabila Huda) bersemuka dengan Tombiruo/Ejim (Zul Ariffin).

Remaja berkesempatan menonton sendiri filem aksi drama ini pada majlis Gala Premier yang berlangsung semalam. Sejujurnya, penulis belum berkesempatan untuk membaca novel Tombiruo sebelum menonton filem ini. Langkah diatur ketika menuju ke pawagam tidak disertai sebarang expectation.

Namun, cukup teruja apabila melihatkan barisan pelakon yang cukup hebat menampilkan Zul Ariffin (sebagai Tombiruo/Ejim), Farida Kamil (Amiruddin), Nabila Huda (Wan Suraya), Faizal Hussain (Pondolou), Dato’ M.Nasir (Tan Sri Berham), Hasnul Rahmat (Juslan), Dynas Mokhtar (Baizura), Faye Kusairi (Salina), Farah Ahmad (Monsiroi) dan Michael Chen (Wong).

Secara kasarnya, Tombiruo: Penunggu Rimba mengisahkan tentang Ejim, seorang lelaki misteri yang digelar Tombiruo dan diangap sebagai penunggu rimba. Sejak kecil, Ejim telah berdepan dengan pelbagai cabaran sehingga nyaris meragut nyawanya. Tetapi ada sesuatu yang istimewa dengan Ejim dan juga hutan didiaminya.

Ads

Dilahirkan dengan memiliki wajah bukan manusia, Ejim sering disisihkan oleh masyarakat dan menjadi mangsa diskriminasi. Ejim membesar dengan penuh rasa amarah yang terbenam dalam hatinya. Kehadiran ‘ayahnya’ Pondolou yang banyak mengajar erti kehidupan membuatkan Ejim lebih tenang dan mengawal dirinya.

Kemunculan syarikat Anak Bumi di hutan didiami Ejim mula mendatangkan masalah. Kontroversi tentang isu pembalakan telah membawa tragedi dan membuatkan Ejim bertindak demi mencari keadilan.

Filem Thriller Fantasi Terhebat 2017, Tombiruo: Penunggu Rimba Wajib Ada Dalam List!
Tan Sri Berham (Dato’ M.Nasir) bersama isterinya, Bonda (Datin Marlia Musa) dan anaknya, Salina (Faye Kusairi).
Filem Thriller Fantasi Terhebat 2017, Tombiruo: Penunggu Rimba Wajib Ada Dalam List!
Mampukah wartawan Sinar TV, Wan Suraya (Nabila Huda) merungkai misteri di sebalik legenda penunggu rimba, Tombiruo?

Perkara pertama yang menarik perhatian penulis ialah kesan khas CGI yang digunakan. Sejujurnya, penulis berasa cukup bangga dengan kemampuan produksi tempatan menghasilkan sebuah filem dengan CGI cukup hebat. Ketelitian serta penggunaan CGI yang tidaklah keterlaluan tetapi kena pada masanya membuatkan jalan ceritanya menjadi lebih menarik.

Ads

Pengarah, Seth Larney telah memainkan peranan cukup baik dan sentuhan aksi yang ditonjolkan juga cukup hebat. Menurut Farid Kamil, mereka berlatih selama dua minggu untuk mendapatkan babak yang dikehendaki manakala tempoh 4 minggu pula diambil untuk belajar koreografi serta diajar basic tentang silat sendeng.

Filem Thriller Fantasi Terhebat 2017, Tombiruo: Penunggu Rimba Wajib Ada Dalam List!
Tombiruo (Zul Ariffin) si penunggu rimba!

Aksi pertarungan antara watak Farid Kamil dan Zul Ariffin juga digarap dengan cukup baik. Rasa cukup kagum terutamanya dengan Farid Kamil yang menonjolkan ‘buah’ silat di layar perak. Pelakon yang paling menonjol dalam filem ini pula ialah Nabila Huda yang membawakan watak seorang wartawan Sinar TV.

Ads

Melakonkan watak sebagai investigative journalist bukanlah satu perkara yang mudah. Nabila dilihat cukup komited dengan lakonannya dan tidak berlebih-lebihan apabila melakonkan babak yang agak tegang. Penulis juga tertarik dengan lakonan Hasnul Rahmat yang pada mulanya menyembunyikan belangnya. Nak cakap lebih-lebih nanti spoiler pula. Apa yang boleh penulis kongsikan, tontonlah filem ini di pawagam pada 12 OKTOBER 2017 dan rasai sendiri kelainan yang dibawa Tombiruo: Penunggu Rimba.

Rating: 4/5 bintang

Saksikan trailer Tombiruo: Penunggu Rimba

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI