Ingat lagi dengan apa yang berlaku pada bulan Januari yang lalu? Kemunculan pertama Wanna One di Kuala Lumpur pada ketika itu telah diselubingi kontroversi dek karenah sesetengah peminat mereka yang tidak dapat dikawal dan berlaku tolak-menolak antara satu sama lain sehinggakan ada yang pengsan.
Phewww, boleh tahan juga peminat Wanna One ya. Hehe.
Bagaimana pula dengan kali ini?
Well, REMAJA cukup berbesar hati menjadi salah satu media yang dijemput melihat sendiri bagaimana konsert kali ini dilangsungkan dengan penuh teratur dan tersusun. Kudos kepada pihak penganjur yang telah memberikan kawalan keselamatan dengan begitu baik sekali. Cuma agak terkilan kerana penonton termasuk pihak media tidak dibenarkan merakamkan foto atau video sepanjang konsert berlangsung. Namun sebagai pengamal media, kami di REMAJA akur dan memahami permintaan yang mungkin datang daripada pihak pengurusan Wanna One sendiri.
Konsert ‘Wanna One World Tour ONE: THE WORLD in KL’ telah cukup lama dinantikan peminat mereka yang dikenali dengan panggilan Wannables. Dengan mengambil tempat di Axiata Arena, Bukit Jalil ini merupakan venue sempurna buat 11 orang ahli buat Wanna One melepaskan rindu peminat terhadap mereka.
Keterujaan peminat jelas kelihatan dengan ramai antara mereka sudah mula beratur di luar stadium dari jam 12 tengahari lagi walaupun pintu masuk hanya dibuka sejam sebelum konsert bermula. Now that’s some dedication!
Rindu Wannables terhadap Kang Daniel, Park Ji-hoon, Lee Dae-hwi, Kim Jae-hwan, Ong Seong-wu, Park Woo-jin, Lai Kuan-lin, Yoon Ji-sung, Hwang Min-hyun, Bae Jin-young dan Ha Sung-woon yang disatukan bersama dalam program ‘Mnet Produce 101 Season 2’.
ARTIKEL BERKAITAN: Penonton Fanatik Wanna One Bagai Dilambung Ombak
Sejak itu mereka telah memperkenalkan tiga buah album iaitu ‘1×1=1 (To Be One), ‘0+1=1 (I Promise You)’ dan ‘1÷x=1 (Undivided)’. Wanna One kini dianggap sebagai antara grup K-pop baru yang mempunyai pengaruh sangat besar.
Lebih kurang jam 8 malam, peminat di dalam Axiata Arena mula melaungkan nama ‘Wanna One’ secara beramai-ramai. Dan kemunculan mereka dengan pakaian serba putih menggamatkan lagi suasana dengan persembahan ‘Burn It Up’, ‘Never’ dan ‘Energetic’. Percikan bunga api juga membuatkan persembahan pembukaan ini cukup epik!
Selepas persembahan itu, Wanna One muncul secara berasingan sebagai sub-unit berbeza. Menerusi album terbaru, Wanna One dibahagikan ekpada 4 sub-unit berbeza iaitu Triple Posisiton, Lean On Me, The Heal dan No.1.
Setiap sub-unit mengambil pentas dengan persembahan tarian dan juga nyanyian. Secara tidak langsung peminat boleh menyaksikan persembahan daripada setiap seorang ahli Wanna One dengan lebih dekat dan memberi impak lebih besar.
Kesemua ahli Wanna One kembali bersatu dan muncul dengan lagu hit seperti ‘Boomerang’, ‘Beautiful’, ‘I Wanna Have’ dan banyak lagi.
Terdapat momen yang cukup membuat ramai peminat terharu denga klip-klip video lama mereka ketika di Produce 101 ditayangkan di skrin gergasi. Antara persembahan paling ‘comel’ pula semestinya menerusi ‘Kangaroo’ dengan aksi Triple Position yang terdiri daripada Kim Jae-hwan, Kang Daniel dan Park Woo-jin.
Tempoh lebih dua jam setengah bagaikan belalu sekelip mata. Semua bagaikan tidak puas menyaksikan persembahan Wanna One. Selepas jeritan ‘encore‘ bergema satu stadium, Wanna One muncul buat kali terakhir dengan lagu ‘I Promise You’. Setiap seorang ahli Wanna One mengucapkan terima kasih kepada peminat di Malaysia.
Semoga kita jumpa lagi Wanna One! I Promise You! 🙂
Foto: Hashtag City