[REVIU] Adakah ‘Map of the Soul: 7’ Album Terakhir Grup BTS?

Share

 

Buat masa ini, penulis berani meletakkan grup K-pop popular, BTS sebagai grup yang hampir telah melakukan segalanya yang belum pernah dilakukan oleh grup K-pop lain.

 

Mereka telah dijemput untuk berucap di pentas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). Mereka juga baru-baru ini menjadi grup K-pop pertama yang dapat melakukan persembahan di anugerah Grammys.

Jelas, BTS tidak menoleh ke belakang dan terus mencatat kejayaan.

BTS bersama Lil Nax X di Grammys 2020.

Terbaru, mereka muncul dengan album terbaru berjudul Map of the Soul:7 tiga hari lalu dan album ketujuh BTS ini mencatatkan rekod pra-jualan tertinggi dalam sejarah.

Malah, 20 buah lagu dari album ini berjaya tersenarai dalam 20 buah lagu paling popular dalam carta iTunes.

Map of the Soul: 7 menandakan 7 tahun pembabitan BTS dan mereka memperdengarkan kematangan grup ini. Kolaborasi bersama Ed Sheeran, Lauv, Troye Sivan, Sia dan Halsey menambah perisa ‘antarabangsa’ (although BTS can stand on their own, TBH) kepada album ini.

Namun penulis amat tertarik dengan single lain yang menceritakan perasaan peribadi setiap ahli. Antaranya seperti Moon (Jin), Inner Child (V), My Time (Jungkook) dan Filter (Jimin). Masing-masing mempunyai mesej tersendiri untuk disampaikan.

00.00 (Zero O’Clock) adalah single yang akan diulang dengar oleh korang kerana ramai yang mampu relate

kepadanya.
Lauv bersama BTS menerusi Make It Right.

 

Album Terakhir BTS?

Bagaimanapun, sebagai warganegara lelaki dari Korea Selatan, anggota BTS tidak boleh mengelak daripada tanggungjawab mereka untuk menyertai latihan ketenteraan untuk tempoh 2 tahun, tidak lama lagi.

Adakah BTS akan kekal bergerak sebagai sebuah grup penuh walaupun beberapa ahli akan ‘meninggalkan’ grup tersebut untuk seketika waktu?

Menurut Jin, mereka menerima hakikat tersebut. Sebagai seorang warganegara Korea Selatan, proses ini adalah normal.

“Apabila waktunya tiba, kami akan bersedia untuk melakukan yang terbaik untuknya (latihan ketenteraan).”

Jin

Ahli paling senior iaitu Jin masih mempunyai masa hingga Disember ini untuk aktif bersama BTS sebelum menyambut hari lahirnya.

Peminat BTS juga tidak gusar dengan pemergian sementara. Mereka percaya jenama BTS sudah terlalu besar untuk mereka berpecah begitu saja. Mereka yakin BTS akan kembali dengan 7 orang ahlinya.

Namun, peminat tertanya berapa lama harus mereka bersabar bagi menunggu album BTS yang seterusnya?

REMAJA yakin BTS akan kembali dengan album baharu selepas ini untuk melengkapkan 3 warna utama kumpulan itu. Persona diwakili warna merah jambu, manakala 7 pula berwarna biru. Dan album seterusnya akan diwakili warna ungu.

 

 

Published by
FZ