Reviu: Fresh Betul Pilihan Warna iMac Baharu Oleh Apple Ini!

Share

 

Kita semua tahu mengenai kelebihan iMac keluaran Apple. Selain mampu menampung kepantasan dan kuasa hebat jikadibandingkan dengan beberapa jenama elektronik lain, secara visual juga ia mempunyai imej yang clean dan cukup sleek.

Terbaru, dengan pengenalan model terbaru Apple iMac M1, bukan pembaharuan dari segi teknologi saja yang menjadi bualan bakal pembeli iMac bermula bulan Mei ini.

Apple iMac M1 juga menarik tumpuan dari segi rekaan luarannya yang nipis serta 6 pilihan warna baharu yang dilihat lebih fresh dan mengujakan berbanding warna skrin iMac silver/kelabu sebelum ini.

Sumber Foto: Apple.

Jelas, poin tarikan utama Apple iMac M1 adalah warna-warna ‘candy’ ini yang mengingatkan penulis kepada keluaran generasi pertama iMac pada akhir 90-an hingga awal 2000-an. Apple seperti biasa adalah pakar dalam mengeluarkan produk yang akan menjadi ikutan banyak jenama pesaingnya.

Bukan saja iMac ini lebih ringan, nipis dan pantas, ia juga lebih ceria dengan pilihan warna hijau, kuning, jingga, merah jambu, ungu, biru dan warnanya asasnya, silver.

Tidak mustahil jika kita bakal melihat komputer riba dan skrin komputer di seluruh dunia lebih berwarna-warni sepanjang tahun ini dan tahun hadapan.

Sumber Foto: Apple.

Warna-warna itu turut diulangi pada aksesori iMac seperti papan kekunci Magic Keyboard, Magic Mouse dan Magic Trackpad.

Sumber Foto: Apple.

Dari segi spesifikasinya pula, skrin Apple iMac M1 hadir dengan bukaan skrin 24 inci yang menyelesakan pandangan pengguna dengan resolusi paparan setajam 4.5k. Ia juga disertakan kamera komputer terbaik yang pernah dipasarkan oleh Apple setakat ini; yakni kamera 1080p Facetime HD.

iMac terbaru ini disertakan cip Apple Silicon SoC M1 yang lebih pantas. Disatukan pula dengan mikrofon berkualiti studio dan sistem bunyi yang akan memuaskan hati semua peminat platform penstriman atas talian seperti Netflix, HBO Max, Hulu dan lain-lain platform, this is literally just a dream come through.

Sumber Foto: Apple.

Pada bahagian papan kekuncinya juga mempunyai satu fungsi butang khas emoji dan pengimbas capjari Touch ID untuk memudahkan pengguna mendaftar masuk. Think iPhone, but bigger. Tak adalah korang tercari-cari lagi kata masuk komputer.

Sumber Foto: Apple.

 

Adakah iMac Baharu Berbaloi?

Tentunya apabila bercakap tentang produk keluaran Apple, tanda harganya akan menjadi persoalan utama untuk majoriti pembelinya.

Apple iMac M1 ini dijual bermula dari harga serendah RM5,599. Namun ia hanyalah untuk empat pilihan warna seperti biru, hijau, merah jambu dan silver. Sekiranya korang TERINGIN sangat untuk memiliki iMac berona ungu, kuning dan jingga, korang perlulah ‘top up’ sedikit bajet hingga mencecah sekurang-kurangnya RM6,449.

Sumber Foto: Apple.

 

Ya, ia bukanlah pelaburan yang murah.

But again, seperti yang penulis sebutkan tadi, ini adalah satu bentuk pelaburan, and a worthy investment at that.

Melihat kepada situasi pandemik sekarang yang memaksa kebanyakan dari kita bekerja dan belajar dari rumah, REMAJA rasakan kita semua layak memperolehi keselesaan sepanjang waktu bekerja dan belajar itu. Apple iMac M1 boleh memberikan kelebihan itu kepada korang.

Apple iMac 1 akan mula dipasarkan bermula hari ini, 21 Mei 2021. Adakah korang akan mendapatkannya?

Sumber Foto: Apple.
Published by
FZ