[REVIU] Jalan Cerita Tak Berubah Sejak The Lion King 1994, Perlukah Kamu Tonton Filem Remake Ini?

Share

 

Well, apa sebab utama korang habiskan wang & masa pada hujung minggu untuk ke pawagam?

 

Tentunya untuk menonton filem kegemaran mereka (duh). Tapi, bagaimana pula jika korang sudahpun mengetahui jalan cerita filem itu dari A-Z ?

Maksud penulis, korang sudah boleh mengagak apakah lagu pertama yang akan dimainkan, bilakah karakter jahat akan bertindak dan bagaimana hero filem tersebut datang menyelamatkan keadaan.

Jika korang sudah tahu semua itu, kenapa perlu habiskan wang dan masa untuk bersusah-payah ke pawagam? Right?

Mungkin itu yang terlintas di minda sebaik saja penulis bangun dari tempat duduk wayang terbaru, The Lion King yang merupakan sebuah filem remake

oleh Walt Disney.

Filem asalnya menemui kanak-kanak 80-an dan 90-an pada tahun 1994 dan ia merupakan antara filem blockbuster terlaris pada tahun itu. Disney mengambil keputusan untuk mengeluarkan semula sebuah filem remake bagi The Lion King dan jalan ceritanya langsung tidak diubah.

Mengapa ia perlu diubah jika jalan cerita asal sudah mantap, one may ask.

Fair enough. Oleh itu, penulis lihat semula kepada faktor-faktor yang menyebabkan korang perlu ke pawagam untuk menonton The Lion King (2019).

 

01

Teknologi ‘Live Action’

Live Action (secara teknikal, ia mirip CGI) membuatkan visual filem ini kelihatan amat sempurna, kadangkala persis visual sebenar yang kita lihat dengan mata sendiri.

There is nothing cartoonish about this movie dan mungkin itu adalah antara tarikan kepada penonton. Bagi kanak-kanak dan peminat animasi, mereka akan gemarkan elemen haiwan di Pride Lands dan imaginasi set produksi.

Bagi penonton dewasa pula, mereka akan hargai sinematografi The Lion King yang penulis akui, adalah antara yang terbaik pernah ditonton.

 

02

Lagi Kegemaran Ramai

The Lion King ialah filem yang menghasilkan lagu popular seperti Hakuna Matata, Can You Feel The Love Tonight dan Circle of Life. Selepas 25 tahun, lagu-lagu ini masih diingati ramai dan ia turut dinyanyikan dalam The Lion King (2019).

Kemunculan Beyonce adalah satu lagi faktor utama yang dinanti-nantikan oleh penonton. Daripada banyak-banyak lagu yang beliau nyanyikan menerusi karakter Nala, penulis paling gemari ‘Spirit’ kerana mesej yang disampaikan. Tak mustahil ‘Spirit’ akan dicalonkan untuk anugerah Oscars 2020 kerana – it is Beyonce.

 

03

Mesej Yang Disampaikan

Walaupun jalan ceritanya sama, but some stories just do not get old. Mesej ‘circle of life’ yang ditonjolkan indah tersusun pada pertengahan filem dalam bentuk metafora bulu Simba yang masih hidup. Begitu juga dengan mesej #GirlPower menerusi Nala dan Sarabi.

Mereka tak gentar untuk melawan semula dan ‘berdegil’ dengan keputusan masing-masing.

Penulis juga gemar bagaimana filem The Lion King kali ini bermula dan berakhir dengan babak yang seakan sama (spoiler!). Dengan cara tersebut, penonton akan merasai elemen closure sebelum keluar dari pawagam.

*

Jadi patutkah korang menonton The Lion King di pawagam?

Jika disebabkan 3 faktor di atas, atas dasar nostalgik dan kerana ia merupakan sebuah ‘filem Disney’, yes you definitely should. 

Published by
FZ