Langit tidak selalunya biru, begitu juga dengan kehidupan. Bila nama manusia, pasti akan diuji. Setiap manusia sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini dengan berbagai-bagai ujian. Tambahan lagi di alam rumah tangga.
Jika sebelum ini, kecoh di media sosial apabila kemelut melanda rumah tangga antara pelakon sensasi Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi santapan netizen.
ARTIKEL BERKAITAN : “Moga Allah Gantikan Dengan Nikmat Tidak Disangka Buatku & Anak” -Isteri Hafidz Roshdi
Nampaknya ada hikmah atas apa yang berlaku. Terbaru, rezeki mencurah buat Nurul Shuhada apabila dia ditawarkan menjadi model untuk sebuah jenama fesyen muslimah terkenal.
Menerusi laman Instagram, seorang jurumekap dikenali sebagai Leeya berkongsi satu video menata rias wajah wanita berusia 29 tahun itu ketika menjayakan ‘photoshoot’ atau penggambaran bagi koleksi pakaian jenama tersebut.
Difahamkan, dua anak Shuhada iaitu Humairah dan Umar turut terlibat sama dengan menggayakan pakaian jenama berkenaan dipercayai bagi koleksi raya yang bakal diraikan dalam tempoh dua bulan lagi.
Dugaan dan ujian itulah yang membuatkan kita lebih memahami erti kehidupan. Dugaan dan ujian yang diberikan kepada kita adalah sebagai latihan dalam kehidupan. Moga Shu lebih positif, sabar, lebih cekal dan berani.
Tapi cantikkan bila Shu ni disolek sebegini…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram , Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.