Rezeki Penduduk Wilayah, Boleh Mohon Zakat Kecemasan RM500 Mulai Esok

Share

 

Kata orang rezeki yang tak disangka itu umpama rezeki berganda.

 

Inilah rezeki penduduk ketiga-tiga buah Wilayah Persekutuan di Malaysia.

Mulai esok (16 November 2020), mana-mana individu atau keluarga yang terjejas dari segi ekonomi akibat COVID-19 boleh membuat permohonan zakat kecemasan secara atas talian.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta di mana zakat berjumlah RM500 akan diberikan sekali sebelum 31 Disember 2020 bagi membantu individu terjejas.

Menerusi Facebook rasmi MAIWP, pihak mereka memaklumkan akan mula membuka permohonan Bantuan Zakat Kecemasan mulai esok sehingga 27 November 2020.

Mereka yang boleh memohon termasuklah:

𝐚) 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐮 𝐭𝐞𝐤𝐬𝐢/ 𝐞-𝐡𝐚𝐢𝐥𝐢𝐧𝐠
𝐛) 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧
𝐜) 𝐏𝐞𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚-𝐩𝐞𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥
𝐝) 𝐇𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗
𝐞) 𝐋𝐚𝐢𝐧-𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗

Dua syarat utama:

𝒂) 𝑷𝒆𝒎𝒐𝒉𝒐𝒏 𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍 𝒅𝒊 𝑾𝒊𝒍𝒂𝒚𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒆𝒌𝒖𝒕𝒖𝒂𝒏 𝑲𝒖𝒂𝒍𝒂 𝑳𝒖𝒎𝒑𝒖𝒓, 𝑳𝒂𝒃𝒖𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑷𝒖𝒕𝒓𝒂𝒋𝒂𝒚𝒂
𝒃) 𝑷𝒆𝒎𝒐𝒉𝒐𝒏 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒖𝒑𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝑩𝒂𝒏𝒕𝒖𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑩𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏 𝑩𝒂𝒊𝒕𝒖𝒍𝒎𝒂𝒍 𝑴𝑨𝑰𝑾𝑷

Permohonan boleh dibuat menerusi https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/

Bagi mereka yang pernah menerima bantuan zakat kecemasan pada bulan April lalu juga boleh kembali membuat permohonan kerana ia terbuka kepada sesiapa yang dirasakan layak.

Untuk pengetahuan, pada hari ini penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan bebas memacak khemah niaga tanpa diganggu kemungkinan disaman oleh Dewan Bandaraya.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros