Dah masuk bulan Ramadan ni, macam-macam pula harga promosi yang ditawarkan yang membuatkan kita rasa ‘gila’ nak membeli.
Berita baik untuk korang yang suka minuman bubble tea, Tealive
dan Touch n Go eWallet telah pun bekerjasama untuk Kempen Raya dengan memberikan pelbagai promosi dan diskaun minuman terpilih jika bayaran dibuat menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet ini.Bermula 5 Mei hingga 15 Jun 2019, korang boleh mendapatkan minuman Tealive pada harga RM2.50 saja dengan syarat kena bayar guna Touch n Go eWallet.
Walau bagaimanapun, tawaran ini hanyalah untuk minuman yang berharga RM6.50 dan terhad kepada satu pembelian untuk satu transaction.
Apa-apa pun, korang memang boleh jimat banyak dengan menggunakan aplikasi tersebut. Lagi-lagi di bulan puasa ni, cuaca panas mesti tekak pun haus gila kan?
Jadi apa lagi, sebelum berbuka tu singgah dululah ke cawangan Tealive yang berdekatan. Hiks!