Selepas nama terpalit dengan kontroversi, pelakon berbakat besar, Syafi Tee kini lebih gemar bersendirian sebagai salah satu proses fokus kepada diri sendiri.

Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, dia lebih selesa melakukan pelbagai perkara tanpa mengharapkan orang lain, selain banyak menghabiskan masa bersama keluarga.

Rezeki Semakin Luas Selepas Terpalit Kontroversi, Syafi Tee Kini Lebih Selesa Sendirian

“Apa yang berlaku kepada saya sebelum ini rasanya ia membuatkan saya lebih kuat dan Alhamdulillah rezeki semakin bertambah.

“Saya tak ada keluar dengan orang atau melepak. Kalau pergi karaoke, tonton wayang pun seorang. Saya buat semuanya sendirian,” katanya kepada Remaja.

Ads

Pada masa sama, anak kepada pendakwah bebas, Ridhuan Tee itu turut berkongsi dirinya telah melalui fasa menyendiri itu selama enam bulan dan sejak itu, dia mula melihat perubahan dalam dirinya.

Rezeki Semakin Luas Selepas Terpalit Kontroversi, Syafi Tee Kini Lebih Selesa Sendirian

“Saya bukan tak nak berkawan tapi saya percaya, bila saya buat benda sendiri kita akan lebih fokus pada diri kita sendiri.

Ads

“Kalau kita banyak fokus dekat benda luar, kita tak ada masa nak fokus kepada diri kita sendiri. Kita banyak bagi tenaga kita dekat luar. Dari situ nanti akan nampak perubahan pada diri kita,” ujarnya lagi.

Untuk info, Syafi tampil dalam naskhah terbaharu Terlanjur Cinta yang ditayangkan di Viu bermula 14 Mac sempena bulan Ramadan.

Rezeki Semakin Luas Selepas Terpalit Kontroversi, Syafi Tee Kini Lebih Selesa Sendirian

Ads

Antara barisan pelakon yang turut membintangi drama terbitan Eirma Fatima itu adalah Syafiq Kyle, Puteri Balqis, Syafie Naswip, Umie Aida, Khir Rahma dan ramai lagi.

SUMBER FOTO: Instagram Syafi Tee

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI