Tahniah buat Fad Bocey dan isteri!
Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Fad Bocey dan isteri bakal menimang cahaya mata yang kelima.
Perkhabaran gembira itu dikongsi isteri tercintnya, Syaheera Rahman di akaun TikTok miliknya selain sempat juga menitipkan doa buat wanita yang menantikan zuriat.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sampai Setahun Timang Cahaya Mata Sulung, Isteri Fizo Omar Kini Hamil 5 Bulan
“Ingat empat rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. To anyone yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” coretnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen mula dibanjiri dengan keterujaan dan ucapan tahniah daripada warganet di atas rezeki yang telah diberikan olehNy.
Selain ada segelintir yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata turut memohon doa agar diberikan rezeki yang sama sepertinya kelak.
“Doakan selepas ini rezeki saya pula,” komen seorang pengguna.
“Doakan saya juga ya. Dapat seorang pun bersyukur sangat. Kalau lebih lagi Alhamdulillah. 11 tahun menunggu tanpa rasa jemu,” komen juga pengguna lain.
“Doakan saya 10 tahun menanti. Hanya menumpang kasih anak anak buah sahaja selama ini, komen pengguna lain.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan sepasang kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall, dan Ibrahim Jibriel.
SUMBER FOTO: Instagram Fad Bocey