Episod 6 menerusi cabaran Dark Tourism menyaksikan empat finalis sekali gus menamatkan perjalanan mereka dalam Hero Dewi Remaja 2023.
Hero Razin dan Jaysong, Dewi Qist dan Azqa harus menerima hakikat untuk giliran mereka pula yang meninggalkan program Hero Dewi Remaja 2023. Ya, sudah tentu mengejutkan ramai penonton terutama para peminat mereka.
Lagi sekali ‘tewas’ memikat hati para juri, Razin yang pernah tersingkir menerusi episod 3 yang lepas, sudah menerima hati yang terbuka apabila dirinya sebagai salah seorang finalis yang tersingkir pada malam ini.
“Pada mulanya, saya rasa puas apabila produksi memanggil untuk penyerapan semula iaitu bagi melakukan cabaran dark tourism. Saya suka sangat lakukan cabaran ini dan tetapi bukan rezeki saya untuk nama diserap semula.
“Lagi pun kak Scha ada cakap tadi saya sudah ada ‘lock job’ untuk berlakon. Ya, InsyaAllah saya akan buat yang terbaik di luar sana kerana program ini memanglah kita masuk untuk menjadi juara, tetapi ia bukan rezeki kita di sini dan kami akan lakukan yang terbaik di luar nanti,” katanya.
Ads
Bagi Qist pula, dirinya pada awal lagi sudah reda dan menjangka namanya pula untuk disingkirkan kerana mendedahkan dia gagal untuk bersinar dalam cabaran pada kali ini.
Qist bagaimanapun menerima hati yang terbuka dan percaya rezeki dalam bidang seni ada di luar sana selepas keluar daripada rancangan ini.
“Bagi saya pula, saya sudah reda yang saya gagal untuk cabaran kali ini. Tetapi seperti Aqza kata, saya tidak berputus asa kerana di luar sana lagi besar dan banyak peluang.
Ads
“Untuk peserta yang dapat diserap semula, bagi saya adalah adil kerana jika hendak dibandingkan video saya dan Myra, videonya lagi menarik dan dia pun dapat yang terbaik. Jadi, dia layak untuk dapat semula tempat dalam program ini,” tuturnya.
Menurut salah satu peserta berbangsa Cina ini, Jaysong, dia akan terus berjuang dan mengekalkan momentumnya untuk lebih cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Ads
“Selepas ini saya akan teruskan untuk bekerja keras sama seperti dalam program ini dan sentiasa keluar daripada zon selesa saya,” jawabnya ringkas.
Sedih dengan keputusan juri dan prestasinya dalam episod 6, anak jati negeri di bawah bayu ini bagaimanapun tidak akan berputus asa untuk melakukan yang terbaik di luar sana.
“Saya sedih juga dengan prestasi saya dalam episod pada kali ini. Bagaimanapun saya tidak berputus asa seperti mana juri dan senior kita katakan, cabaran bukan di sini malah cabaran sebenar adalah di luar sana. Jadi, saya berpegang teguh dan positif sahaja,” jelasnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiga tahun yang penuh dengan memori manis telahpun berlalu sejak Shaza Bae dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019, kini pencarian ikonik dalam kalangan gadis remaja di Malaysia ini kembali semula bagi edisi ke-12 pada tahun 2022.
Buat Shaza, 27 yang semakin memahat nama sebagai pengacara tetap program HLive dan pelakon drama popular, kelebihan sebagai Dewi Remaja telah membuka pintu peluang baginya menceburi minat dalam industri seni hiburan.
Dalam pada itu, Shaza turut meneroka sisinya sebagai seorang pengajar setelah bergelar pensyarah sambilan di sebuah universiti awam demi misi ‘give back’ yang sentiasa ada dalam dirinya.
Segala itu dikecapi dalam masa tiga tahun dan kami pasti, lebih banyak pencapaian serta keinginan yang ingin dimaterialisasi oleh Shaza selepas ini. Ia juga secara tidak langsung telah menginspirasikan lebih ramai gadis di luar sana untuk mengikut jejak langkah Shaza dan bekas juara Dewi Remaja yang lain seperti Raysha Rizrose, Neelofa, Scha Alyahya dan ramai lagi.
Sekembalinya pencarian Dewi Remaja untuk edisi 2022, anda juga boleh mencapai impian anda dengan menyertai sesi uji bakat yang bakal tiba di lokasi anda!
Misi kami adalah untuk mencari individu yang mampu menyebarkan inspirasi positif kepada masyarakat. Mereka ini haruslah dibekalkan dengan potensi yang boleh digilap, berbakat besar, berkarisma serta mempunyai ciri-ciri tepat sebagai seorang figura awam.
Nantikan kehadiran kami di:
• Hotel Thistle Johor Bahru, JOHOR(5 & 6 Mac)
• The Palace Hotel Kota Kinabalu, SABAH(12 & 13 Mac)
• Vouk Hotel George Town, PULAU PINANG (19 & 20 Mac)
• Bangunan Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam, SELANGOR(26 & 27 Mac)
Kaunter pendaftaran akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Peserta yang hadir perlulah telah lengkap vaksinasi, membawa kit ujian kendiri Covid-19 dan melakukan ujian kendiri sebelum memasuki premis uji bakat.
Jangan lupa untuk mengisi borang pendaftaran secara atas talian DI SINI. Di situ juga tertera borang manual yang perlu dicetak sendiri oleh peserta dan lengkap diisi sebelum hadir ke lokasi uji bakat.
All the best dan #PesonakanBintangmu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan saja gelaran juara yang ditarik, malah gelaran sebagai finalis juga gugur begitu je..
Insiden video kontroversi tular yang melibatkan pemenang pencarian Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Haneesya Hanee dan beberapa lagi orang finalis lain mendapat pelbagai respon daripada netizen.
Ada yang berpendapat perbuatan Haneesya tersebut melampaui norma seorang peserta muda yang sedang bertanding untuk menjadi wajah role model kepada remaja seluruh Malaysia.
Ada juga yang berkata insiden berlaku atas kekhilafan diri sendiri dan dia telahpun mengakui kesalahan tersebut melalui sidang media yang dianjurkan sekitar tengah hari tadi. Lalu, penarikan tersebut dilihat seakan tidak adil buat Haneesya yang telah melakukan yang terbaik sepanjang berlangsungnya pencarian Dewi Remaja.
BAGAIMANAPUN..
Perbuatan tersebut nyata melanggari klausa kontrak yang telah ditanda tangani oleh para peserta sebelum mereka mula bertanding untuk episod pertama.
Di bawah salah satu seksyen ‘Standard Terms and Conditions’ yang telah mereka persetujui, ia melarang para peserta daripada berkelakuan kurang sopan, tidak senonoh atau melakukan apa jua perbuatan dan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi penganjur dan pemilik jenama iaitu Nu Ideaktiv Sdn Bhd serta Majalah Remaja DAN yang menjejaskan reputasi para peserta sendiri.
Lantas setelah menyiasat, pihak penganjur mendapati insiden tersebut berlaku semasa para finalis masih berada dalam peringkat pertandingan dan tindakan sewajarnya perlu diambil memandangkan syarat yang ditetapkan telahpun dilanggar.
Ini menjelaskan mengapa kemenangan dan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang disandang oleh Haneesya Hanee terpaksa ditarik semula setelah tempoh 72 jam.
Manakala bagi dua lagi orang finalis yang terlibat di dalam video itu iaitu Fazreen Fazeera dan Ernisha, gelaran finalis (Top 12) Dewi Remaja mereka juga terpaksa ditarik balik dan mereka dilarang daripada menggelarkan diri sebagai finalis pada masa akan datang.
Kami faham finalis Dewi Remaja kesemuanya masih muda dan baru ingin mengenal erti dunia. Namun, peraturan tetap peraturan, and it is there to turn them into disciplined and matured young ladies.
Kami doakan agar insiden ini dijadikan pengajaran bukan saja untuk pihak Haneesya Hanee, Ernisha dan Fazreen Fazera. Tetapi juga pengajaran kepada kita semua untuk sentiasa berwaspada dengan perbuatan diri sendiri. Kita mungkin berasa seronok untuk jangka masa sekejap tetapi implikasinya mungkin akan datang untuk meranapkan segala keseronokan itu.
Jumpa lagi pada edisi pencarian Dewi Remaja yang akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengiktirafan senarai 100 Wajah Tercantik (100 Most Beautiful Faces) oleh TC Candler sentiasa dinanti-nantikan pada setiap tahun oleh peminat selebriti seluruh dunia. Di platform REMAJA sendiri, saban tahun ruang komentar bagi perkongsian kami mengenai senarai lelaki dan gadis tercantik itu sentiasa dibanjiri dengan respon balas pembaca. Begitu hebat penangan senarai TC Candler ini dalam kalangan peminat.
Baru-baru ini, pencalonan bagi senarai tahun 2022 telahpun dibuka dan peminat berpeluang untuk mengundi setiap calon kegemaran mereka yang akhirnya bakal disenarai pendek.
Jika pada tahun-tahun sudah, beberapa selebriti Malaysia turut meloloskan diri ke peringkat pencalonan ini seperti Tabby daripada kumpulan Dolla dan pelakon serta juara Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin.
Tahun ini, rezeki nampaknya berpihak kepada model dan pelakon yang telah mencetuskan fenomena menerusi drama Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling.
Anna, 22 menjadi calon tunggal dari Malaysia bagi edisi 2022 dan pencalonan ini ujarnya tidak disangka-sangka akan diperolehinya. Kata Anna kepada portal media, dirinya amat bersyukur dan gembira biarpun perasaan terkejut menerpa terlebih dahulu apabila mendapat tahu tentang berita tersebut.
“Terima kasih sangat-sangat. (Bagi saya) kecantikan dalaman adalah lebih penting berbanding luaran. Kedengaran sangat klise apabila seseorang mengatakan sedemikian. Namun hakikatnya, kecantikan itu subjektif.”
“Jika (seseorang) mempunyai attitude terpuji dan baik, secara automatiknya ia menjadikan seseorang itu cantik luar dan dalam. Tidak kisah bagaimana rupa parasnya, tetapi jika (dia) sayangkan diri dan yakin; maka secara langsung dirinya cantik dari segala aspek,” kata finalis Dewi Remaja 2018/2019 itu.
Anna kini berdepan saingan sengit daripada calon-calon dari benua Asia termasuklah Jisoo Blackpink (Korea Selatan), Ylona Garcia (Filipina), Kiko Chan (Vietnam) dan Momona Ramada (Jepun).
Bagi mengundi Anna, korang terlebih dahulu perlu menyertai komuniti Patreon TC Candler.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...