Isi Kandungan
ToggleSeluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di seluruh di dunia bersedih atas kematian tokoh Islam dan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh baru-baru ini.
Malah, sebagai tanda solidariti umat Islam di negara ini terhadap perjuangan umat Islam Palestin dalam menentang kezaliman rejim Zionis Israel. JAKIM dan JAWI meminta semua masjid di bawah agensi mereka mengadakan solat jenazah ghaib buat pemimpin tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : Sebak! Bacaan Surah Al-Baqarah Bergema Ketika Solat Jumaat Kebanyakan Masjid
Berikut adalah beberapa perkara berkaitan dan cara Solat Jenazah Ghaib dilakukan.
Solat jenazah ghaib adalah solat yang dilakukan ke atas mayat yang tidak ada pada tempat tersebut seperti mayat yang berada jauh dari negara asalnya.
Pensyariatan solat jenazah ghaib ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW daripada Abu Hurairah RA:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَعَى النَّجَاشِيَّ فِي الْيَوْمِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا.
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu akan berita kematian al-Najasyi ketika hari kematiannya. Baginda SAW keluar ke musolla, membuat saf dan bertakbir sebanyak empat kali.
Riwayat Al-Bukhari (1245)
Solat jenazah ghaib boleh dilakukan bila-bila masa setelah jenazah dimandikan.
Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “Bermula dari saat berita kematian hingga berlangsung selama tiga hari. Ini kerana tiga hari itu adalah tempoh bertakziah menurut yang maklum dari kitab-kitab fiqh.”
Yang muktamad adalah harus solat selama mana beliau adalah ahli solat ketika kematian berlaku.
Lihat al-Tanbih hal. 38, al-Umm 1/244 dan Mughni al-Muhtaj 1/346.
Cara solat jenazah ghaib
Foto Kredit: yahoo.news.sg
Antara syarat melakukan Solat Jenazah Ghaib adalah:
Solat jenazah ghaib dilakukan di negeri yang berlainan dengan keberadaan mayat.
Solat jenazah ghaib tersebut dilaksanakan setelah dimandikan mayat tersebut. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah, hlm 385 dan al-Fiqh al-Manhaji, 1/600)
Pelaksanaan solat jenazah ghaib adalah sama dengan solat jenazah yang biasa yang dilaksanakan dengan cara berdiri tanpa rukuk, sujud dan duduk.
Pertama:
Contoh lafaz niat adalah seperti berikut: “Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala.”
Kedua: Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa, kemudian bacalah Al-Fatihah.
Ketiga: Setelah selesai membaca al-Fatihah, bertakbir pula kali kedua sambil mengangkat kedua-dua tangan hingga ke cuping telinga, kemudian meletakannya semula ke dada, dan bacalah apa-apa selawat ke atas Nabi SAW.
Selawat yang afdhal ialah selawat Ibrahimiyah iaitu selawat yang dibacakan ketika tahiyat akhir.
Keempat: Bertakbir kali ketiga dan diikuti dengan mendoakan mayat.
Mendoakan mayat adalah maksud utama solat jenazah. Sekurang-kurang bacaan doa adalah:
اللَّهُمَّ ارْحَمهُ أوِ اغْفِرلَه
Maksudnya: “Ya Allah! Rahmatilah dia. Atau Ya Allah! Ampunilah dia.” (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, 1/602)
Kelima: Bertakbir kali keempat, kemudian berdoa:
اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ
Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.”
Riwayat Abu Daud (3201)
Keenam: Mengucap salam sebanyak dua kali, iaitu ke kanan dan ke kiri sebagaimana salam solat-solat yang lain.
5. Ringkasan
Berikut adalah ringkasan beserta bacaan dalam Bahasa Arab bagi Solat Jenazah Ghaib yang diterbitkan oleh JAKIM.
Sumber Rujukan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: Al-Kafi 968 Kaifiat Solat Jenazah Ghaib, JAKIM – Pelaksanaan Solat Jenazah Ghaib
BACA LAGI : Wajib Bangun 530 Pagi Solat Tahajud, Kunci Kejayaan OKU Buta Cemerlang STPM
Sumber Rujukan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: Al-Kafi 968 Kaifiat Solat Jenazah Ghaib, JAKIM – Pelaksanaan Solat Jenazah Ghaib
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.