Ribut Tropika Bertukar Taufan Dijangka Melanda Malaysia Malam Ini

Share

 

Negeri Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka akan menerima tempias daripada Ribut Tropika Kuat Nesat yang dijangka akan meningkat ke tahap taufan, malam ni.

Ribut Tropika itu dilaporkan kini berada di keduudkan Barat Laut Filiipina dan sedang bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan, China.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) sekaligus memaklumkan ia akan menyebabkan angkin kencang di Laut China Selatan dan memberi kesan kepada dua buah negeri dan Wilayah Persekutuan tadi. Ini termasuklah di kawasan Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat di Sabah; Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

Bermula malam ini hinggalah 18 Oktober esok, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telahpun dikeluarkan untuk tiga kawasan terbabit.

Buat masa ini, masih belum ada sebarang amaran dikeluarkan bagi bencana yang mungkin akan menimpa. Begitupun, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Ma telah mengingatkan agar orang ramai bersedia untuk sebarang kemunkinan.

Terdahuulu, amaran ‘Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori 1’ telah dikeluarkan untuk tempoh 18 Oktober hingga 20 Oktober 2022.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ