Dalam usaha untuk menyelamatkan alam sekitar di samping memastikan kesihatan serta keselamatan pelanggang terjamin, kesemua cawangan Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) sebenarnya telahpun menggantikan straw plastik kepada rice straw selama beberapa bulan ini.
Cuma masih ramai yang sama ada tidak sedar akan perubahan itu ataupun tidak percaya bahawa rice straw ini banyak bezanya dengan straw biasa.
Untuk pengetahuan, rice straw diusahakan oleh Rice Straws Malaysia menerusi NLYTech dan diperbuat 100 peratus daripada bahan natural. Tidak seperti straw biasa yang perlu dikitar semula, rice straw berwarna ungu ini mampu terurai (decompose) sendirinya dalam masa 90 hari jika dibuang begitu saja. Senang cerita, ia memang mesra alam.
Malah, ia mempunyai tagline “100 peratus mesra penyu” dengan merujuk kepada binatang marin itu yang sering menjadi mangsa tercekik bahan plastik yang dibuang ke laut.
Satu lagi kelebihan rice straw adalah ia boleh digigit, dikunyah dan ditelan oleh manusia! Setelah CBTL memperkenalkan rice straw pada tahun ini bagi semua menu minumannya, ramai yang pelik mengapa straw ini lebih tebal dan mempunyai tekstur. Tidak seperti straw plastik atau straw kertas yang selalu kita dapat.
Well, itu kerana straw di CBTL menggunakan rice straw. Persoalan sama ada ia boleh dimakan SELALU ditanya oleh pelanggan kepada barista di kaunter CBTL sehinggakan seorang stafnya mengambil keputusan untuk menerangkan bahawa ia sememangnya betul-betul SELAMAT ditelan menerusi satu video TikTok.
@whynotjemah_INI KAN STRAW YG TENGAH VIRAL SEKRANG SINI ?! HAAAAAAA MANA YG TAK PERNAH RASA LAGI ! DIPERSILAKAN 🤪 ##fypop ##fypp ##fyppoppppppppppppppppppppppp♬ bunyi asal – Azmey Zainal
Setelah menyisip minumannya, staf yang dikenali sebagai Azmey Zainal atau akaun @whynotjemah itu menunjukkan bahawa straw itu boleh digigit.
“Yeah, straw Coffee Bean boleh dimakan tapi tidak digalakkan tau. Yang penting, ia diperbuat daripada beras.”
Namun dia menasihati agar pelanggan membiarkannya di dalam air untuk seketika waktu agar ia bertukar menjadi lembut seperti jeli jika tidak mahu menggigitnya. Dan jangan risau, ia tidak mempunyai sebarang perisa asing yang boleh ‘mencemarkan’ rasa minuman masing-masing.
Menerusi ruang komen di video yang kini telah tular hingga lebih sejuta tontonan itu, ramai netizen yang nampaknya tidak sedar akan penggunaan rice straw ini di CBTL. Haa, jadi selepas ini, korang bolehlah mendapatkan minuman dari CBTL semata-mata untuk mendapatkan rice straw ini. Hehe, terbalik pula jadinya!