
Menggantikan straw plastik kepada ‘rice straw’ merupakan idea bijak dan untuk melahirkan sebuah persekitaran yang lebih baik tanpa pencemaran alam. Dengan misi mereka untuk memulakan sebuah trend yang lebih mesra alam.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Rice Straw’ Betul-Betul Selamat Ditelan Lah! Staf Coffee Bean & Tea Leaf Buktikannya
Boleh Dimakan Tapi Jangan Makan Secara Berlebihan
Dalam satu hantaran oleh @fatenaqeela, yang sering berkongsi ilmu teknologi makanan di TikTok, beliau mendedahkan bahawa straw beras sebenarnya direka khas untuk menjaga alam semulajadi bukan untuk di makan.

Walaupun salah satu bahan utama dalam pembuatan straw ini adalah beras yang boleh dimakan, penggunaan straw ini sebagai makanan sebenarnya boleh meningkatkan risiko kesihatan.
Meskipun diperbuat daripada beras dan bahan-bahan lain yang selamat, straw ini tidak direka untuk dimakan secara kerap, dan boleh menyebabkan masalah penghadaman jika dimakan secara berlebihan.

Selain itu, straw beras ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan dibuat daripada bahan berasaskan tumbuhan. Straw ini akan menjadi lembab dalam beberapa minit jika terdedah kepada suhu air panas melebihi 60 darjah Celsius. Manakala untuk air sejuk, straw ini akan mula lembab dalam masa dua hingga tiga jam.
Ada juga yang pernah cuba memasak pasta guna straw beras
Disebabkan viral bahawa straw beras boleh dimakan, ada yang membuat kandungan tentang cara memasak pasta menggunakan straw beras. Namun, ramai netizen mula sedar tentang bahayanya jika dimakan dengan kerap.

Walaupun bahannya adalah beras, straw ini sama sekali tidak boleh disamakan dengan pasta kerana kedua-duanya direka dengan tujuan yang berbeza.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pengantin Beri ‘Door Gift’ Tilam Di Majlis Kahwin, Tetamu Melompat Gembira!

Kalau dulu di majlis perkahwinan dah jadi kebiasaan apabila para tetamu yang hadir diberikan bunga telur sebagai ‘door gift’ atau cenderahati daripada pihak pengantin. Tapi zaman sekarang ni, dah macam-macam hadiah yang ‘rare’ dijadikan buah tangan di kenduri kahwin.
ARTIKEL BERKAITAN : Tetamu Terkejut Terima Doorgift Mewah Di Perkahwinan Son Ye Jin & Hyun Bin
Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan para tetamu di sebuah majlis perkahwinan di Sidoarja, Jawa Timur melompat kegirangan apabila menerima hadiah tilam daripada tuan rumah, lapor Tribunnews.
Dalam klip yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @mas_kemon03, Muhammad Alfan Baharudin menunjukkan setiap tetamu memegang tilam sambil senyuman terukir di raut wajah.
Menurut Muhammad Alfan yang juga tetamu, tuan rumah merupakan seorang pengusaha sisa sampah plastik.
“Majlis perkahwinan ini diadakan oleh keluarga Bapak Shulkan dan Puan Sumini. Majlis ini telah berlangsung pada 28 April 2024, hari Ahad,” katanya yang dipetik daripada Kompas.com.
Difahamkan, pemberian hadiah itu dilakukan sewaktu majlis hampir selesai. Kesemua tilam itu diagihkan kepada sekitar 500 tetamu yang majoritinya dihadiri warga tempatan. Tambahnya, dia sama sekali tidak mengetahui bakal menerima hadiah berkenaan sebelum pulang.
Perkara itu membuatkan para tetamu terkejut menerima hadiah berkenaan dan segelintir daripada mereka ada yang mengeluarkan telefon untuk merakam momen itu.
“Ketika kami ingin pulang dari majlis, tilam diedarkan dan para tetamu mula kegembiraan dan mengeluarkan telefon bimbit untuk mengambil momen itu termasuk saya,” ujar Muhammad Alfan lagi
Video itu mendapat perhatian pengguna di media sosial kerana hadiah itu dianggap lebih mahal daripada hadiah kebiasaan. Untuk makluman, video itu telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan dengan lebih 81,200 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen.
Untunglah, pergi kenduri kahwin dapat bawa balik tilam. Tidak kiralah walau apa saja yang korang nak berikan pada tetamu di hari bahagia korang nanti, paling penting kena ikhlas. Tetamu yang hadir pun akan happy. Betul tak?
BACA LAGI : Beri Door Gift Mi Segera Di Majlis Kahwin, Maggi Malaysia Ucap Tahniah Kepada Bakal Pengantin
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Guna Taktik Beri Insentif Dan Biasiswa, Guru ‘Ratah’ 13 Pelajar, Sampai Melahirkan Anak

Di sebalik “kepercayaan” yang diletakkan, seorang guru tergamak mengambil kesempatan keatas berbelas pelajar atas nama nafsu.
Hal ini berlaku di negara jiran kita Indonesia, seorang guru di Bandung dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah merogol 13 pelajar yayasan sekolah pondok sehingga mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh negara selain mendapat perhatian Presiden Joko Widodo.

ARTIKEL BERKAITAN : 2 Guru Lelaki Nekad Pakai Skirt Sebagai Tanda Solidariti Terhadap Pelajar Dibuli
Memetik dari laporan BBC, kesemua mangsa adalah remaja bawah umur antara 11 hingga 16 tahun dan terdiri daripada keluarga miskin. Malah, 8 orang mangsa rogolnya telah melahirkan anak manakala dua lagi sedang hamil.
Modus operandi guru tersebut ialah dengan menawarkan pelbagai insentif dan biasiswa kepada pelajar dari kalangan penduduk setempat yang miskin. Berdasarkan laporan BBC, perbuatan terkutuk guru berkenaan terbongkar pada Mei tahun lalu apabila ibu bapa daripada salah seorang mangsanya menyedari anak mereka mengandung.
Sebelum ini pihak pendakwa raya mendesak mahkamah supaya mengena hukuman mati terhadap pesalah. Serta meminta untuk pesalah membayar denda sebanyak RM146,000 dan wajib membayar ganti kepada mangsa berjumlah RM87 ribu seorang.
Bagaimanapun, lelaki tersebut meminta kelonggaran daripada hakim dan akui sebagai seorang bapa dia seharusnya menjaga dan membesarkan anaknya. Lelaki ini mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak.
Justeru, Mahkamah Daerah Bandung memutuskan lelaki berusia 36 tahun itu dipenjara seumur hidup. Mahkamah juga menolak permohonan pendakwa raya untuk tertuduh dikembiri secara kimia.
Mahkamah juga dimaklumkan kesemua pelajar sekolah tersebut tidak dibenarkan menghubungi keluarga mereka apabila telefon bimbit dirampas selain hanya dibenarkan pulang ke kampung setahun sekali sahaja.
Kes ini mendapat perhatian yang meluas dan kebanyakan orang menzahirkan rasa marah dan kecewa dengan perbuatan guru terbabit. Malah, tak kurang yang menggesa kerajaan untuk melaksanakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pesalah seksual tujuan melindung kanak-kanak perempuan dan kaum wanita.
Semoga Allah melindungi diri kita dan keturunan kita dari asbab menjerumus kepada perkara jahat sebegini.
BACA LAGI : Main Kutu Cara Selamat, Guna Akaun Bank Sendiri Tolak Duit Setiap Bulan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tengah Bandar Singapura Berkabus Ibarat Genting Highland Akibat Cuaca 22°C

Fenomena angin kuat dari Timur Laut yang sedang melanda rantau Asia Tenggara pada waktu ini bukan sahaja dirasai oleh Malaysia. Malah, negara-negara serumpun termasuklah Singapura juga terkena tempias cuaca sejuk dan hujan berterusan.
Akibatnya, ibu kota Singapura bertukar menjadi lokasi berkabus tebal sehinggakan ramai warganet dari sana menggelar kawasan CBD atau Central Business District di sana ibarat Genting Highland!
Sama seperti di Kuala Lumpur (dan kebanyakan negeri di seluruh negara), Singapura kini sedang mengalami cuaca hujan berterusan pada setiap hari.
Sekiranya cuaca di sana turun sebanyak 1°C sekalipun pada waktu malam, ia sudah cukup untuk membuatkan Singapura berkabus di sebahagian lokasi. Pada sesetengah waktu, suhu di Singapura boleh turun sehingga mencecah 22°C.
ALSO WHY IS IT SO COLD THIS IS SINGAPORE AND I’M SHIVERING IN MY BED WITHOUT AIRCON 😭 pic.twitter.com/bKUaICU3EE
— Stamff🎄すたんふ (@saltbreadary) January 26, 2023
Lantas pemandangan pelbagai bangunan pencakar langit di sana yang dilitupi kabus telah membuatkan ramai teruja memandangkan ia jarang-jarang berlaku.
Cer lihat pemandangan dari puncak bangunan Marina Bay Sands yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Denz Pascual Maglalang di bawah.
Ini pula foto-foto cuaca berkabus yang dibidik daripada pandangan jalan raya dan dikongsikan oleh para pembaca portal mothership.sg.
ARTIKEL BERKAITAN: “Fikir 10 Kali Nak Cuti Singapura..” Paras Ringgit Paling Rendah Berbanding Dolar Dalam Sejarah – REMAJA
REMAJA percaya, keadaan sama dapat disaksikan di sekitar Kuala Lumpur sekiranya hujan melanda di siang hari.
Tapi ingat! Dalam pada korang merasa teruja merekod video dan mengambil foto, hati-hati ya dengan keadaan jalan licin.
SUMBER: mothership.sg.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.