Berita

Rico Rinaldi Raikan Kecantikan Dalaman Wanita Menerusi Kolaborasi Bersama Good Virtues Co

Share

Good Virtues Co., jenama kecantikan dan penjagaan diri popular, baru-baru ini mengumumkan kerjasama mereka dengan pereka fesyen terkenal Malaysia, Rico Rinaldi, dengan kerjasama Watsons Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar UiTM Dominasi Pertandingan ‘Do Good Challenge’ Musim Pertama Anjuran Good Virtues Co.

Bertujuan untuk membawa dimensi baharu kepada dunia pakaian wanita, sebuah pertunjukan fesyen yang penuh meriah telah diadakan di Jio Space pada Selasa lepas.

Pertunjukan fesyen itu jelas memaparkan aspek kreativiti dengan menampilkan gabungan keindahan, gaya, etika dan inovasi yang harmoni.

Buat makluman, koleksi yang diinspirasikan oleh reka bentuk bunga Good Virtues Co ini turut disokong oleh rakan kongsi, Watsons Malaysia.

“Dalam kerjasama kami dengan Rico Rinaldi, kami sepenuh hati menerima slogan jenama kami, ‘Celebrate Your Noor.’ Kami ingin meraikan kecantikan dalaman dan luaran dalam kalangan wanita muda Islam.

“Reka bentuk Rico Rinaldi, yang diilhamkan oleh penjenamaan bunga kami, selaras dengan penekanan kami terhadap aspek kecantikan dalaman. Kerjasama kami mempamerkan komitmen kami untuk meraikan kepelbagaian dan memberi inspirasi kepada wanita untuk bersinar secara luaran dan dalaman,” kata Lum Chong Heng, City Chemo Manufacturing Sdn Bhd Commercial Pengarah.

Koleksi itu bukan sahaja meraikan gaya tetapi juga memperjuangkan kepelbagaian. Good Virtues Co. ingin menekankan bahawa kecantikan sebenar datang dalam semua bentuk, dan itu termasuk pelbagai jenis saiz badan dan warna kulit, kerana setiap wanita mampu kelihatan cantik dengan cara mereka sendiri.

Selain itu, koleksi ini menawarkan pelbagai gaya buat pembeli. Sama ada percutian santai dengan rakan-rakan, acara rasmi atau hari yang santai, ada sesuatu untuk setiap detik dalam kehidupan wanita.

“Perkongsian kami dengan Good Virtues Co. mewakili satu peristiwa penting sebagai jenama penjagaan diri pertama yang bekerjasama dengan kami.

“Kerjasama ini merupakan bukti perjalanan kreatif kami dalam menggabungkan kepakaran fesyen yang menyasarkan wanita Islam, yang juga merupakan pembeli utama jenama Good Virtues Co.

“Ia menjunjung prinsip ‘Beauty from Inside Out,’ dengan reka bentuk yang diilhamkan oleh pembungkusan bunga jenamanya, memberikan sentuhan suasana musim panas.

“Bersama-sama, kami berhasrat untuk memberi inspirasi kepada industri fesyen untuk meraikan idea bahawa kecantikan sebenar terpancar dari dalam,” kata Rico Rinaldi, pereka fesyen terkenal.

BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Good Virtues Co.

 

Published by
Adriana Syaurah