Sudah hampir sebulan pemergian isteri tercinta, usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura masih merasai kehilangan yang mendalam, terutamanya apabila mengenangkan hidangan masakan arwah isterinya.
Dalam sebuah perkongsian di TikTok, Ridzuan tidak dapat menahan rasa rindu terhadap masakan Allahyarham Akiko Okumura.
Bercerita lebih lanjut, Ridzuan menceritakan sikap baik hati arwah yang tetap menguruskan rumah walaupun sudah mengupah pembantu.
Ads
“Pembantu rumah pun dia tidak mahu kecuali pada setiap hari Jumaat, itu pun hanya empat jam sahaja. Sebelum pembantu rumah datang pun dia akan pastikan rumah bersih.
“Pembantu cuma mop, sapu, dan lap-lap cermin serta seterika baju. Selebihnya semua arwah yang buat. Mulia sungguh hati arwah.
“Sebelum pembantu datang, dia akan sediakan makan dan minum untuk pembantu,” tuturnya lagi.
Ads
Allahyarham Akiko meninggal dunia pada 28 Februari lalu di kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor. Ketika itu, punca kematiannya tidak dinyatakan.
Namun, beberapa hari kemudian, polis mengesahkan bahawa Akiko, seorang wanita warga Jepun, telah terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium. Bagaimanapun, siasatan pihak polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut.
Ridzuan dan Akiko berkahwin pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Ridzokumura
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga anggota BTS, Jimin yang sedang menjalani perkhidmatan ketenteraan telah menarik perhatian peminat apabila gambarnya semasa bersama rakan tentera lain dikongsi di sebuah komuniti dalam talian.
Menerusi gambar tersebut, Jimin atau nama sebenar Park Ji Min (29) dilihat tersenyum ceria sambil bangga menunjukkan lencana ‘Tentera Pelatih Terbaik’ miliknya.
Difahamkan, Jimin mendapat penghargaan tersebut pada bulan Jun, telah dipilih sebagai tentera elit dan menyelesaikan promosi awal. Dia juga turut menerima Anugerah Komander Divisyen untuk pelatih terbaik, menunjukkan dedikasinya terhadap tugas ketenteraan.
Dalam pada itu, menerusi perkembangan terkini, Jimin meninggalkan mesej kepada peminat BTS iaitu ARMY yang berbunyi,
“Sudah lebih sebulan, dan walaupun kadang-kadang ia terasa panjang, kehadiran Jungkook di sisi saya membuatkan masa berlalu dengan cepat. Kami berhubung dengan ahli lain melalui telefon awam dan Jungkook juga sedang bekerja keras dalam ketenteraan. Kami saling bergantung dan memberi semangat dan kekuatan di antara satu sama lain”
Terdahulu, Jimin dan Jungkook mendaftar bersama pada bulan Disember 2023 dan kini sedang berkhidmat di Briged Artileri di bawah Divisyen Infantri ke-5 Tentera Darat.
Tarikh tamat perkhidmatan mereka dijadualkan pada 11 Jun 2025. Memandangkan terdapat enam lagi ahli BTS yang kini sedang menjalani tugas ketenteraan mereka, kumpulan itu dijangka akan menyambung aktiviti berkumpulan selepas semua anggota telah menyelesaikan perkhidmatan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, penyanyi terkenal dan juga anggota BTS, Jin telah diangkat sebagai Duta Global untuk jenama terkenal Gucci.
Pengarah Kreatif Gucci, Sabato De Sarno berkata, “Gucci adalah salah satu jenama ikonik penuh warisan lengkap dengan kemodenan yang sudah lama ada. Ini sangat bermakna dan mendebarkan apabila menjadi sebahagian daripada ‘rumah’ seperti itu”.
Dalam pada itu, Sabato turut meluahkan rasa senang dan gembira apabila penyanyi Korea berkenaan menjadi sebahagian daripada jenama Gucci.
“Saya sangat gembira menyambut Jin sebagai Duta Jenama Global. Sikapnya yang sangat hangat dan baik hati betul-betul menarik hati. Juga gayanya sangat unik”
“Dia juga adalah seorang artis yang murah hati dan luar biasa yang boleh mempengaruhi orang melalui karya muziknya,” tambah Sabato lagi.
Difahamkan, sebagai Duta Global jenama Gucci, Jin BTS akan mewakili ‘House’ dalam pelbagai acara jenama berkenaan untuk menunjukkan semangat inovatif bagi pihak mereka. Selain itu, penggemar antara jenama dan artis tersebut juga boleh menantikan kerjasama antara Jin dan Gucci pada masa akan datang.
Sekadar info, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hubungan penyanyi terkenal tanah air, Shila Amzah dengan bapanya, Datuk ND Lala sudah kembali jernih apabila penyanyi veteran itu dilihat berada di majlis akikah anak keduanya, Rhea Akira, baru-baru ini.
Katanya di sebuah hantaran Instagram miliknya, penyanyi lagu Khilaf Asmara itu turut meluahkan kesyukuran dengan kehadiran semua pihak yang meluangkan masa menghadiri majlis keluarga kecilnya itu.
“Sehari sebelum berangkat ke China, kami mengadakan majlis akikah bagi meraikan anak perempuan kami, Rhea Akira.
“Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan yang sudi hadir memeriahkan majlis kami,” coretnya.
Dalam hantaran sama, isteri kepada personaliti media sosial, Ubai MZ itu tidak ketinggalan berkongsi foto bersama bapanya yang lengkap mengenakan baju Melayu berona biru.
Terdahulu, kemelut membabitkan keluarga Shila mengejutkan industri seni tanah air apabila penyanyi itu dikatakan bermasam muka dengan dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada.
Malah, hubungan Shila dengan ND Lala dingin selepas bapanya itu berkahwin lain dan kemudian menceraikan ibunya, Fauziah Sarman.
Selain, antara isu yang menjadi perdebatan ahli keluarga tersebut adalah apabila Syafiq mendakwa Shila menghalau keluarganya keluar daripada rumah banglo didiami mereka yang terletak di Hulu Langat, Selangor.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: IG Shila Amzah
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam suasana ekonomi kini dikaitkan dengan tekanan kewangan dan keresahan emosi, ramai individu kini berada dalam dilema mencari hala tuju baharu dalam hidup mereka.Lebih-lebih...