Riena Diana adalah seorang pelakon yang semakin meningkat naik di Malaysia, dikenali ramai menerusi wataknya ‘Lailer’ dalam drama popular “Kampung People.”
ARTIKEL BERKAITAN : Riena Diana & Keith Foo Kini Hangat Bercinta, Status Duda Anak 1 Bukan Jadi Masalah
Riena Diana Atasi Masalah Kulit Kering Dengan Dua Rutin
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal juga tidak lari dari masalah kulit. Antara masalah kulit yang sering dihadapinya adalah mempunyai tekstur kulit kering kerana sering terdedah kepada sinaran matahari ketika menjalani pengambaran sebagai pelakon.
Justeru, untuk sentiasa tampil flawless dan mengekalkan kesegaran kulit wajah Riena sempat berkongsikan bersama Hijabista ‘Rahsia’ yang diamalkan agar masalah tersebut dapat diatasi.
“Setiap pagi bila Riena bangun, pertama sekali Riena akan cuci muka terlebih dahulu, lepas cuci muka Riena akan buat skincare routine, dan dua benda terpenting yang Riena amalkan adalah toner dan juga moisturizer.
“Dua benda ni paling penting sebab, sebenarnya kulit saya sangat kering, bila kering susah untuk make-up stay atau tahan lama pada wajah, terutamanya ketika pengambaran. Jadi bila amalkan dua rutin ini, make-up lebih smooth dan tahan lama serta tak merekah.
Wajib Prep Muka Sebelum Bersolek!
Menurut Riena lagi, antara petua yang diamalkan untuk menjaga kesegaran kulit wajah adalah pastikan sebelum melakukan skin routine pada wajah ambil sedikit masa untuk prep wajah dengan pek ais terlebih dahulu.
“Tapi sebelum pakai dua benda tu (toner dan moisturizer), Riena akan tempek pek ais dulu dekat muka, pek ais tu beli dekat shopee murah-murah je awak.
“Tonyoh je dekat muka sebelum pakai produk penjagaan kulit wajah. Sebab pek ais ni akan buatkan kulit wajah kita lebih segar dan bermaya,” ujarnya.
Ketika ditanya berkenaan bagaimana Riena mengekalkan make-up yang tahan lama pada wajah terutamanya ketika cuaca panas dan sibuk memenuhi jadual ayaya seharian, ini respon beliau.
“Riena kalau pagi atau tak kemana-mana memang tak akan pakai make-up. Melainkan kalau tengahari atau petang sikit nenek saya, akan ajak saya keluar baru lah saya pakai make-up dan tips untuk make-up tahan lama adalah duduk bawah kipas, atau air cond kalau tak memang make-up akan cair tau!,” seloroh Riena.
Begitulah rutin Riena Diana jaga kulit wajahnya, kalau korang pun berniat tak nak mekap tebal sebelum keluar, boleh lah ikut tip ini. Prep dulu wajah sebelum mekap!
BACA LAGI : Riena Diana Pilihan Beauté Library, Korang Boleh Cuba Rawatan PicoSpot Sempena Lebaran!
Sumber Foto: Instagram Riena Diana
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.