Pelakon jelita, Riena Diana mengaku kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta bersama aktor terkenal, Keith Foo.
Menerusi laporan portal tempatan, hubungan istimewa mereka mula berputik sejak mereka terbabit dalam penggambaran naskhah bersiri Salju Rindu yang bersiaran di TV3.
BACA LAGI : Riena Diana Pilihan Beauté Library, Korang Boleh Cuba Rawatan PicoSpot Sempena Lebaran!
“Ya. Saya sudah temui kebahagiaan saya sekarang. Keith seorang lelaki yang baik dan kami saling mengambil berat antara satu sama lain,” katanya.
Tambah aktres berusia 27 tahun ini, dia tahu mengenai status Keith Foo yang merupakan duda anak satu.
Namun, dia merasakan ia bukanlah satu masalah. Malah, dia sendiri sudah bertemu dengan anak Keith Foo dan keluarganya.
Jadi, Riena berharap orang ramai dapat mendoakan semoga hubungan yang dibina kekal selamanya.
BACA LAGI : Intan Najuwa Ulas Isu SPM Tak Penting -“Pendidikan Bentuk Kita Jadi Individu Yang Lebih Baik”
“Sebaliknya saya serahkan kepada takdir. Doakan yang terbaik buat kami,” ujarnya lagi.
Pasangan ini difahamkan baru sahaja mengenali hati budi masing-masing dan mereka enggan terlalu memikirkan hala tuju hubungan tersebut.
Pada masa sama, Keith memaklumkan bahawa Riena mempunyai ciri-ciri wanita idaman yang diimpikan dan wanita itu mempunyai banyak persamaan dengannya.
Kata aktor berusia 41 tahun itu, hubungan cinta mereka sebenarnya berputik tanpa sengaja. Riena membuktikan dirinya masin ada ruang untuk jatuh cinta semula.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.