Perayaan Hari Raya sering dinantikan setiap tahun. la disambut meriah bersama kaum keluarga dan teman-teman tersayang sebagai simbolik meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Bulan yang sangat istimewa kerana ia penuh dengan aura kasih sayang, kemurahan hati dan saling memaafkan antara satu sama lain. Hari Raya juga adalah masa untuk kita tampil lebih menarik, yakin dan cantik bergaya dari hujung rambut ke hujung kaki.
Seiring dengan semangat ini, Beauté Library memperkenalkan semula rawatan terlaris No 1 mereka iaitu Rawatan Pigmentasi PicoSpot melalui satu kempen khas, istimewa untuk raya yang bertajuk ‘Oooh-mazing Raya with Beauté Library’.
BACA LAGI : BONIA Raya 2023: Amelia Henderson Cantik Bergaya Dalam Gabungan BONIA x AMELIA
Beauté Library memilih Riena Diana, pelakon drama televisyen popular bagi menjayakan kempen ini dengan lakonan bersahaja menerusi sketsa komedi pendek yang bertajuk ‘Oooh-mazing Raya’.
Ketika ditemu bual Remaja, Riena Diana menzahirkan kesyukuran dan berbangga kerana diberi peluang sebagai the face of Beauté Library. Selain itu, dia memilih untuk berkolaborasi bersama kerana jenama ini mempunyai rawatan yang berbeza daripada yang sedia ada.
“Sebenarnya saya tidak pernah mendapat peluang untuk menjadi face of untuk mana-mana produk sbeelum ini. Urusan kami sewaktu deal amat dipermudah dan saya sangat berbangga kerana dapat menjadi face of Beaute Library.
“Sejujurnya saya rasa sangat boleh dikatakan hampir menangis dan bersyukur kerana saya tidak pernah dapat peluang seperti ini. Walaupun saya dalam industri ini sudah enam tahun, di mana baru lagi. Namun saya rasa bersyukur kerana ada yang nampak dan beri saya peluang.
“Kebanyakannya di luar sana menjadi ambassador untuk skincare, tetapi kali ini berbeza kerana ia adalah rawatan. Ia tidak menjanjikan sekali lakukan rawatan sudah nampak kesan glowing, namun perlu berterusan dan akan nampak hasilnya,” tuturnya pada majlis B-Oooh-ka Puasa di K’ Seena House, baru-baru ini.
Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia dan istimewa ini, Beauté Library berbesar hati menganjurkan satu sesi makan malam amal, ‘B-Oooh-ka-Puasa’. Ini adalah inisiatif untuk menyokong kanak-kanak yang kurang bernasib baik di bawah SUKA Society atau Persatuan Kebajikan Suara Kanak-Kanak Malaysia (SUKA), sebuah NGO berdaftar melalui sumbangan dalam bentuk wang kepada bekalan makanan mereka yang semakin berkurangan.
Untuk makluman, bagi setiap tetamu yang hadir, Beauté Library akan membuat sumbangan RM100 kepada SUKA Society, dengan harapan dapat mengumpul sekurang-kurangnya RM15,000 pada malam itu.
Bagi rawatan PicoSpot pula, ia menggunakan teknologi canggih dan inovatif untuk merawat semua jenis pigmentasi seperti melasma, bintik penuaan, hiperpigmentasi, jeragat dan parut. Getaran ultra-pendek PicoSpot berfungsi memecahkan bintik pigmentasi yang disasarkan kepada zarah-zarah kecil supaya badan kita dapat menyingkirkannya dengan cepat.
Hasilnya, rawatan PicoSpot ini boleh membantu memudarkan parut, mempercepatkan proses pemulihan kulit, merangsang penghasilan kolagen agar kulit kelihatan berseri, anjal dan kekal awet muda. la juga tidak mempunyai kesan sakit keterlaluan, kesan sampingan dan tidak perlu melalui tempoh pemulihan yang panjang.
Sekadar informasi, Beauté Library adalah jenama kecantikan dan gaya hidup premium yang telah meneraju industri kecantikan sejak 2011. Beauté Library komited memberikan yang terbaik untuk membantu para pelanggannya mencapai impian dalam memiliki kecantikan kulit dan penjagaan diri yang dinginkan.
Beauté Library kini mempunyai 9 cawangan di seluruh Lembah Klang, iaitu di Mid Valley, EkoCheras Mall, Desa ParkCity, USJ Taipan, Setia Walk Puchong, Kota Damansara, MyTOWN KL, 1 Utama dan Setia City Mall.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.