Sekarang semua orang dikehendaki duduk rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.
Jadi, bila nak cari barang rumah, tak perlu lagi keluar susah payah hanya klik saja, kamu dapat apa yang diinginkan. Tambahan lagi dengan lambakan kedai ekonomi atau kedai RM2. Harga barang yang dianggap murah bagi rakyat Malaysia kerana setiap satunya hanya berharga RM2.00 membuatkan pengunjung menggelarnya sebagai “kedai berhantu”.
Bila dah terlalu lama menghabiskan masa di rumah, mesti ada sahaja idea yang muncul untuk membeli kan?
Jadi, Remaja nak share kan 5 kedai RM2 yang korang boleh beli secara online. Punyalah banyak pilihan sampaikan kamu boleh jadi rambang mata, harga pun murah, dan paling best beli saja di Shopee.
ecoshop Malaysia (BELI)
Ninso (BELI)
NOKO (BELI)
NT Shop Malaysia (BELI)
Cheap2shop (BELI)
Amacam, menarik kan? Sekarangkan kena duduk rumah, jadi, beli-belah di online je. Banyak pilihan harga pun murah. Memang puas hati!. Betul tak?
Kari Kepala Ikan Merah Kegemaran DYMM Agong, Bungkus Bawa Pulang Istana
Biarpun mendukung tanggungjawab besar selaku Duli Yang Maha Muli (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah tidak pernah menjarakkan diri daripada rakyat jelata.
Sempena Hari Keputerasaan Yang di-Pertuan Agong pada hari ini, REMAJA masih mengingati bagaimana Tuanku pernah makan bersama di atas padang di Kuantan semasa bulan Ramadan, memasuki kawasan pedalaman bagi membantu mangsa banjir dan Baginda yang selalu singgah ke kedai makan tanpa memerlukan sebarang protokol.
Salah satu restoran yang sudah menjadi kegemaran Al-Sultan Abdulah ialah restoran Kari Kepala Ikan yang terletak di Kampung Pandan Kuala Lumpur.
ARTIKEL BERKAITAN : “Bangga Jadi Rakyat Tuanku”, Netizen Puji Sikap Agong Hulur Bantuan Buat Mangsa Banjir – REMAJA
Kongsi pengurus restoran tersebut kepada Sinar Harian, juadah kari kepala ikan merah di restoran ini sudah menjadi di antara juadah kegemaran Baginda.
“Selepas bersantap, Baginda turut membungkus makanan tersebut dan membawa pulang ke istana untuk Permaisuri sertaorang lain di Istana.
“Malah sehingga kini, masih ada pihak istana yang datang untuk membungkus makanan di restoran kami. Ini adalah satu kebanggaan buat saya,” katanya.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda pernah dilihat mencemar duli menikmati santapan tengah hari di restoran tersebut pada tahun lalu. Menurut sumber terdekat, Baginda telah menolak tempat khas seperti bilik yang berhawa dingin oleh pihak restoran dan memilih untuk bersantap di meja biasa bersama orang ramai.
Tambah pengurusnya lagi, Baginda ialah seorang pemimpin yang peramah, pemurah dan tidak memilih. Selain selalu merendah diri dan mesra rakyat, Baginda tidak membuatkan orang ramai kekok merapati untuk berinteraksi dengannya.
Dirgahayu Tuanku!
ARTIKEL BERKAITAN : #GirlPower: Kenali Raja Permaisuri Agong – REMAJA
Dr. Say Terkedu Calon SPM 2023 Bangga Gagal Subjek. “Tolong Jangan Jadi Bodoh Sombong Dik”
Di sebalik kejayaan 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperolehi keputusan semua A bagi subjek-subjek yang diambil, jumlah calon yang gagal dalam beberapa subjek teras seperti Bahasa Melayu dan Sejarah juga cukup mengejutkan.
Daripada 383,685 jumlah calon SPM 2023, sebanyak 9,306 calon dilaporkan gagal subjek Bahasa Melayu manakala 20,868 calon pula gagal subjek Sejarah.
Lebih mengejutkan apabila 33,915 calon dilaporkan tidak memperolehi sijil SPM kerana tidak hadir bagi menduduki mana-mana kertas peperiksaan atau gagal bagi subjek Bahasa Melayu atau Sejarah.
ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan SPM Tak Capai Sasaran, Pelukan Ibu Buat Anak Perempuan Undang Sebak Netizen – REMAJA
Situasi tersebut nyata membimbangkan; tambahan pula apabila peperiksaan utama seperti SPM kini dijadikan penanda aras kepada prestasi remaja masa kini yang ‘terlepas’ daripada perlu menduduki beberapa peperiksaan utama di alam persekolahan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Tidak cukup sekadar statistik itu, orang ramai terus risau dengan sikap segelintir remaja yang dikatakan berbangga dengan kegagalan mereka memperolehi keputusan cemerlang bagi SPM 2023. Malah sebilangan juga beranggapan kegagalan itu bukanlah satu titik tercorot dalam kehidupan mereka.
Menerusi hantaran di Instagram, pempengaruh dan doktor pakar sakit puan bertauliah, Dr. Muhammad Shazril atau lebih mesra dengan panggilan Dr. Say meluahkan kesedihannya dengan trend calon SPM menormalisasikan kegagalan mereka bagi mana-mana subjek yang diduduki.
Dalam hal ini, Dr. Say mengambil contoh seorang calon bernama Muhammad Faiq Muqri yang secara terang-terangan tidak terganggu dengan keputusannya baru-baru ini. Malah calon tersebut turut memuat semula status berbunyi, “Orang yang pintar belum tentu sukses tapi orang yang berusaha pasti mampu menggapai kejayaan”.
“Kegagalan bukan sesuatu yang patut dibanggakan apatah lagi tidak hadir. ‘G’ itu ibarat adik datang dewan peperiksaan & adik tidur terus-menerus/ sengaja tidak jawab soalan-soalan pada kertas peperiksaan itu sebab adik nak set satu trend yang, ‘Aku nak buktikan yang walaupun aku gagal hari ini, masa depan nanti aku akan berjaya’.
“Itu bodoh sombong namanya dik. Walaupun SPM bukan penentu kejayaan masa hadapan tapi SPM inilah tiket untuk ke pengajian tinggi.
“Jika adik sudah berusaha sebaik mungkin, hadir ke setiap kelas, tumpukan perhatian apabila cikgu mengajar tapi masih gagal tidak mengapalah.
Tapi kalau adik sendiri tidak curahkan usaha yg berpatutan, lepas tu adik acah-acah tersakiti dan acah-acah terpaling berusaha, simpanlah keputusan tu kepada diri sendiri,” catat Dr. Say.
ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan ‘Influencer’ Cecah RM100,000 Sebulan, Dr. Say Shazril Dedah Bagaimana Ia Tidak Mustahil – REMAJA
Tinjauan REMAJA terhadap muat naik asal calon SPM berkenaan juga mendapati sebilangan besar pengikutnya menyokong petikan ayat ‘tersakiti’ tersebut dan situasi ini mampu mempengaruhi remaja yang lebih muda daripadanya untuk merasakan kegagalan dalam peperiksaan SPM tidak mendatangkan masalah.
“Bila adik post sebegini lepas itu dekat ruangan komen ramai yg bersetuju dengan kesakitan adik, ini amat-amatlah salah. Adik nak jadi influencer boleh, tapi influence-lah ke arah yg betul,” simpul Dr. Say.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan kenyataan pengacara, Uyaina Arshad pada tahun lalu yang kecewa dengan tindakan individu yang mempengaruhi calon lepasan SPM 2022 untuk tindak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad Pantang Individu Pengaruhi Lepasan SPM Untuk Tidak Sambung Belajar – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kreatif! Cikgu Ini Ajar Basic English Di Tiktok Untuk Korang Mudah Belajar Bahasa Inggeris
Bukan semua di antara kita menjadikan bahasa Inggeris sebagai first language di rumah, mahu pun ketika berbual bersama rakan-rakan.
Ada juga yang mungkin menggunakan bahasa ini ketika di sekolah atau universiti saja, selebihnya di luar mereka sudah terbiasa dengan bahasa ibunda.
Tapi dikala sekolah masih ditutup akibat pandemik Covid-19 mesti korang susah nak mempelajari bahasa Inggeris ni kan?
Jangan risau, guru-guru semestinya kreatif untuk memberi satu kelaian kepada murid. Seperti guru bahasa Inggeris ini yang dikenali sebagai Sir Danial mengambil inisiatif berkongsi video pendeknya menerusi laman TikTok mengajar tentang penggunaan bahasa Inggeris.
Menjenguk ke laman TikTok guru ini, pasti korang terus bersemangat nak belajar bahasa Inggeris kerana penerangannya cukup jelas dan mudah difahami. Antara video pembelajaran bahasa Inggerisnya ialah :
Basic English Vs Advance English
@danialtsuFeeling ✨ jammy ✨ atm. ##acadanny ##sirdanny ##magicalsprayer ##tiktokguru ##learnontiktok ##gurubahasa♬ ACADANNY – Danial Tsu
@danialtsuNew series with @sabrinasabbyyy 🥳 ##learnontiktok ##tiktokguru ##gurugottalent ##sirdanny ##english
Avoid Writting This In Your Essay
@danialtsuAnyone notices ##magicalsprayer ⁉️ ##acadanny ##sirdanny ##learnontiktok ##tiktokguru ##gurubahasa♬ Dirty Harry – Gorillaz
Word With Silent ‘U’
@danialtsuWhat other examples? 🤩 ##sirdanny ##magicalsprayer ##learnontiktok ##tiktokguru ##english ##terimakasihguru♬ ACADANNY – Danial Tsu
Simple bukan tapi info pendek di video TikTok Sir Danial ini pastinya dapat membantu korang lebih berkeyakinan dalam menggunakan bahasa Inggeris dalam membuat bertutur mahupun menulis karangan di dalam bahasa ini.
Selepas ini, cuba pastikan korang tak salah menggunakan basic rules ini dan boleh belajar bahasa Inggeris yang lebih kompleks. Jangan bimbang kalau salah, dalam bahasa Melayu pun kita buat salah kan?
Paling mudah nak pandai bahasa Inggeris adalah korang perlu berkomunikasi menggunakan bahasa ini secara kerap. Gunakan simple English, keep it short and simple!
Start dari sekarang, cuba berbual dengan kawan korang guna bahasa Inggeris okay?
Good luck!
Sumber: Tiktok Danialtsu