Tradisi Bazar Ramadan di seluruh negara sudah sebati dengan rakyat Malaysia pada setiap tahun.
Tak kiralah latar belakang, peringkat umur dan bangsa, kita semua pasti akan mengerumuninya setiap kali tiba bulan Ramadan untuk mendapatkan makanan yang sukar dijumpai pada bulan-bulan lain.
Namun persoalannya, dengan situasi semasa wabak Covid-19, adakah wajar jika bazar Ramadan diteruskan pada tahun ini?
*
Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata mereka sedang ‘memikirkan’ kaedah baru untuk menggantukan bazar Ramadan di Kuala Lumpur.
Kata beliau, walaupun ada negeri seperti Terengganu yang memansuhkan bazar Ramadan fizikal pada tahun ini, situasi di Kuala Lumpur adalah berbeza.
“Kita tahu, bazar Ramadan konvensional seperti sebelum ini tidak dibenarkan beroperasi di Kuala Lumpur kerana wabak. Tetapi kita masih akan memikirkan cara yang sesuai kerana ia merupakan satu keperluaan di sini (Kuala Lumpur).
“Penduduk di bandar yang bekerja amat bergantung kepada makanan sedia dimakan ketika berbuka puasa.
“Kita masihh ada masa lagi untuk fikirkan cara bagi memenuhi permintaan (bazar Ramadan) tanpa melanggari kawalan kesihatan,” kata beliau lagi.
Betul lah tu. Sekiranya bazar Ramadan dilaksanakan, ia perlu selari dengan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membendung penularan Covid019. Antaranya, perlulah ada sistem untuk mengekalkan jarak 1 meter di antara pengunjung dan soal kebersihan perlu dijadikan keutamaan.
*
Sementara itu, tinjauan REMAJA di media sosial pula mendapati netizen rata-rata lebih rela sekiranya bazar Ramadan pada tahun ini dibatalkan. Mereka berpendapat perlaksaan bazar Ramadan hanya akan mensia-siakan usaha Perintah Kawalan Pergerakan selama 28 hari dan memungkinkan berlakunya gelombang Covid-19 ketiga.
“Rindu tu memanglah rindu, tetapi saya lebih pentingkan kesihatan diri sendiri. Saya lebih rela beli secara online
, harapnya ramai pengusaha makanan pada bulan Ramadan akan menjualnya secara online & melakukan penghantaran,” kata salah seorang pengguna Twitter.Betul juga. Walaupun kita mungkin menjaga jarak di antara pengunjung, kita tidak boleh ‘assume’ bahawa pengunjung lain akan melakukan tindakan yang sama. Lihat sajalah keadaan bazar Ramadan pada setiap tahun, sesak!
Apa pendapat korang?