Jujurnya, memang susah nak pilih pemenang bagi malam akhir Big Stage yang sedang berlangsung sekarang!
Baiklah kita bagi je dekat juri dan kepada korang yang sedang mengundi di rumah serta di venue. Kalau nak suruh kami yang pilih, hhm sampai ke esok pagi bergaduh. Tak tahu nak pilih siapa punya pasal.
Satu demi satu peserta telah menamatkan persembahan mereka di atas pentas Big Stage. Semua kami suka – tetapi satu persembahan yang membuatkan kami terasa sedikit teruja adalah Wani Kayrie menerusi lagu Pematah Hati (versi Zapin).
Salah satu sebabnya adalah kerana Wani memilih irama tradisional yang sudah lama tak kedengaran, baik di atas pentas atau di radio. Kita memang perlu lebihkan lagi muzik seperti kerana kalau bukan kita yang pertahankan, siapa lagi kan?
Penulis teringat Wani pernah berkongsi mengenai minatnya dalam irama tradisional dan satu hari nanti nakkan single tradisionalnya sendiri. Woot!
Satu lagi perkara yang mengujakan kami adalah pakaian songket serba ungu dan keemasan yang disarung oleh Wani, malam ini.
Rupanya ia hasil rekaan Dwen Raha dan Borderlace Glam. Manakala rambut dan solekan pula adalah hasil tangan Aeira Akmal dan Yaya Kembayau.
Dwen memang antara pereka pilihan Wani seperti pada Big Stage minggu ketiga. Ingat lagi tak ball gown
merah tu..
Apapun, tahniah kepada Wani Kayrie kerana mengembalikan rasa rindu pada irama tradisional.