Bella Dowanna, namanya sama cantik seperti rupa parasnya…
Mengenali figura seni seorang ini, boleh disifatkan sebagai seorang yang tidak pernah mendongak ke langit dan sentiasa merendah diri.
Bermula dengan sebuah rancangan kanak-kanak di TV2, pemilik nama Bella Dowanna kini sudah dikenali ramai hasil daripada bakat lakonan yang ditonjolkan menerusi naskhah dan karya tempatan.
Bercerita mengenai bidang pengacaraan, bekas pengacara rancangan popular kanak-kanak Chiki Boom ini menzahirkan perasaan rindunya untuk tampil sebagai hos menerusi rancangan televisyen yang ada.
Dia bagaimanapun percaya kepada rezeki yang telah ditetapkan buatnya jika sudah tertulis dirinya bakal dipilih sebagai salah seorang pengacara menerusi program televisyen pada masa akan datang.
“Sudah semestinya saya nak, tetapi orang bak kata orang perlu tunggu rezeki yang datang sebagai hos semula selain kita juga perlu gilapkan semula kemahiran tersebut. Ya, saya tunggu rezeki itu datang dan kenapa tidak…
“Semestinya juga saya rindu, tetapi saya pada ketika itu (semasa kendali Chiki Boom) saya lakukan pengambaran ketika saya kanak-kanak, jadi saya punya rasa nak mengacara itu seperti tidak berapa rasa sangat.
“Tetapi apabila kini saya rasa setiap kerja yang kita lakukan itu memberi impak juga kepada kehidupan,” katanya kepada Remaja.
Bercakap pula mengenai cara gadis jelita ini untuk kekal relevan dalam industri seni tanah air, Bella memaklumkan yang dirinya sentiasa kekal merendah diri dan jauhkan daripada sifat sombong dengan orang sekeliling.
“Cara kekal relevan saya dalam industri ini adalah, saya kekal merendah diri, tidak sombong, tetapi yang paling penting sebagai seorang anak seni ini adalah kekal rendah diri sahaja dengan orang sekeliling,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Bella Dowanna