Air yang dicincang tak kan putus…
Begitulah peribahasa yang sesuai digambarkan buat penyanyi, Syada Amzah yang menzahirkan rasa rindunya untuk berkumpul bersama ahli keluarganya, seperti sebelum ini.
BACA JUGA: “Dah Sampai Tahap Saya Bernafas Pun Orang Tak Suka…” -Syada Amzah
Penyanyi berusia 26 tahun itu berkata, dia sangat menantikan momen untuk berkumpul bersama adik-beradiknya meskipun sedar perkara itu mungkin sukar untuk direalisasikan.
“Mustahil tidak sayang darah daging sendiri. Rindu seluruh keluarga saya.
“Bukan secara individu tetapi rindu berkumpul bersama semua walaupun perkara itu mustahil. Sayang semua,” katanya menerusi Instagram miliknya.
Video yang diulang siar daripada akaun TikTok ibunya, Fauziah Sarman, memaparkan beberapa foto zaman kanak-kanaknya bersama kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah, Syafiq dan Syahir.
Terdahulu, kemelut membabitkan keluarga Shila mengejutkan industri seni tanah air apabila penyanyi itu dikatakan bermasam muka dengan dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada.
SUMBER FOTO: Instagram Syada Amzah