Buat masa lebih setahun sejak 2020, ramai yang merindui dan gian untuk menyertai acara larian, maraton dan fun run seperti yang pernah mereka sertai pada tahun-tahun sudah.
Ibarat dorongan untuk para peserta meneruskan gaya hidup sihat dan aktif, tiada apa yang dapat kita lakukan mengenai pandemik COVID-19 yang melanda negara hingga memaksa kesemua acara tersebut dibatalkan demi menjamin keselamatan dan kesihatan sejagat.
Akan tetapi, itu tidak bermaksud tiada acara jalanan yang boleh korang sertai dari rumah pada tahun ini. Antara yang mencuri tumpuan REMAJA ialah acara Skechers Friendship Walk yang dianjurkan oleh jenama sukan dan streetwear popular dari Amerika Syarikat itu untuk tahun keempatnya berturut-turut.
Hanya dari keselesaan kejiranan korang, apa yang perlu dilakukan peserta adalah mengumpul jumlah langkahan menggunakan ‘fitness tracker’ atau peranti tertentu untuk merekodkan pencapaian masing-masing dalam masa dua mingggu saja – dalam tempoh 30 Julai hingga 19 September ini.
Ini bermakna korang masih sempat untuk menyertai Skechers Friendship Walk apabila ia masih berbaki 22 hari lagi sebelum tarikh tutupnya.
Tiada catatan masa terpantas pun yang akan diambil kira. Cukup sekadar korang melengkapkan jumlah langkahan mengikut kategori yang dipilih. Kategori pertama bermula pada 5,000 langkahan (atau 358 langkah/hari); diikuti dengan 50,000 langkahan (3,572 langkah/hari), 75,000 langkahan (5,358 langkah/hari) dan 100,000 langkahan (7,143 langkah/hari).
Setelah melengkapkan langkahan mengikut kategori tersebut, hantarkan tangkap layar (screenshot) catatan peribadi ke HeyJom.com agar korang layak untuk menerima pingat ‘finisher’ dan baju T sebagai tanda kenangan yang boleh dibeli. Dua merchandise ini boleh dimiliki peserta dalam bentuk Pek Premium bernilai RM40. Bagi REMAJA, ia adalah harga yang munasabah memandangkan acara Skechers Friendship Walk ini tidak memerlukan bayaran penyertaan.
Bukan itu saja, para peserta juga akan memperolehi beberapa kelebihan lain seperti e-baucar 20 peratus bagi pembelian kasut, beg dan pakaian. Bagi mereka yang mengambil Pek Premium pula, mereka akan menerima e-baucar sebanyak 30 peratus. Daftar saja hari ini DI SINI okay!
Langkahan Lebih Selesa Dengan Gowalk 6 Series
Sementara itu, Skechers Malaysia kini menawarkan koleksi sepatu yang boleh membantu korang mendapatkan rentak yang lebih menyelesakan sewaktu menyertai Skechers Friendship Walk ini dan acara-acara pada masa akan datang.
Ia adalah menerusi koleksi terbaru Gowalk 6 series dengan teknologi sepatu berjalan terbaiknya, setakat ini. Ia didatangkan dengan Ultra GO cushioning midsole bersama Hyper Pillars ringan. Pada bahagian outsole sepatu, jelas kelihatan Hyper Pillars ini yang diperbuat daripada Hypburst foam bagi meningkatkan lambungan energy semasa berjalan.
Koleksi Skechers Gowalk 6 ini sudah boleh didapati sejak 30 Julai lalu di laman web rasmi Skechers Malaysia atau di stor konsep Skechers seperti di 1Utama, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC dan banyak lagi. And guess what? Para peserta acara Skechers Friendship Walk 2021 juga akan menerima diskaun semasa mendapatkan koleksi sepatu ini selepas mereka menyerahkan tangkap layar tadi!
So guys, jangan lepaskan peluang ini ya.