Two words, Welcome Back!
Sekian lama ‘menyepi’ daripada Facebook sejak Mei lalu, MBO Cinemas (MBO) merupakan salah satu jenama syarikat yang terpaksa menutup kesemua cawangannya di seluruh negara setelah teruk terkesan akibat pandemik COVID-19.
ARTIKEL BERKAITAN : MBO Cinemas Ucap Selamat Tinggal Di Facebook, Netizen Kongsi Rasa Sedih – REMAJA
Dalam diam, MBO baru-baru ini telah membuat kemunculan semula di platform media sosial tersebut!
Biarpun mereka sekadar menukar foto profil dan foto ‘timeline’ pada 17 Disember lalu, namun ada mesej yang lebih penting di sebaliknya.
Ya! Pihak pengurusan MBO secara ringkasnya mengumumkan bahawa pawagam tersebut bakal dibuka semula di beberapa lokasi terpilih tidak lama lagi! Dengan kapsyen “Great Times Are Coming Back”, MBO bakal berada di bawah pengurusan baharu.
Menurut Pengarah Urusan MBO Cinema Sdn Bhd iaitu Karthiik Doraisingam, mereka sedang berusaha untuk membuka semula cawangan MBO secara berperingkat.
Apa yang pasti, cawangannya di Atria Shopping Gallery Damansara akan menjadi premis pertama yang menjadi saksi kepada kehadiran semula jenama MBO di Malaysia.
“Kami merancang untuk membuka semula cawangan di Atria Shopping Gallery pada 29 Disember ini. Berdasarkan perancangan, ia akan diikuti oleh beberapa lagi cawangan lain termasuk Elements Mall Melaka, Taiping Sentral Mall, Teluk Intan, Brem Mall, Space U8 dan U-Mall Skudai.
“Pihak pengurusan juga sedang berbincang dengan pemaju hartanah terkemuka tempatan untuk membuka cawangan baharu pada tahun 2022,” ujar Karthiik.
Bagi peminat pawagam tersebut, tentunya korang masih ingat tawaran-tawaran menarik yang pernah MBO sediakan kepada pengunjung setia mereka. Ini termasuklah skrin khas bagi dewan MBO KECIL, Big Screen dan dewan MBO Samsung ONYX yang menjanjikan pengalaman menonton yang menakjubkan.
Bersempena pembukaan semula MBO Cinemas di Atria Shopping Gallery ini, mereka bakal menganjurkan tayangan filem percuma kepada orang ramai dari 24 hingga 26 Disember ini.
Jangan lupa untuk singgah ke gerai konsesi bertemakan menu kopi dan snek, Cafecito yang turut dilancarkan di cawangan MBO tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : TGV Beri ‘Refund’ Tiket Penonton Yang Terjejas Akibat Banjir – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : (1)