Setelah empat tahun kempunan menyaksikan kelibatan band popular dari Indonesia, Nidji di Malaysia dek kekangan musim pandemik, mereka kini bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur pada 19 Mac ini menerusi konsert Dream Collaboration.
Khabarnya, Nidji bakal hadir dengan suatu kejutan istimewa yang belum pernah disaksikan di mana-mana konsert Nidji di sini sebelum ini.
Bercakap kepada REMAJA dalam sebuah sidang media, Nidji yang dianggotai oleh enam orang ahli kumpulan sememangnya terkenal dengan lagu-lagu hit bergenre rock moden seperti Hapus Aku, Laskar Pelangi, Bila Aku Jatuh Cinta, Disco Lazy Time dan banyak lagi.
Begitupun bagi konsert Dream Collaboration di Kuala Lumpur yang menjadi sebahagian daripada siri Dream Festival yang cukup terkenal di Indonesia, Nidji tidak akan hadir keseorangan apabila ia akan ditemani dengan rakan penghibur solo, Budi Doremi.
21 Tahun, Banyak Perubahan
Nidji bukan lagi sebuah band yang memerlukan pengenalan dalam kalangan pendengar muzik di Malaysia. 21 tahun ruang masa yang dipenuhkan Nidji tersebut dengan pengalaman dan eksperimentasi muzikal sekaligus menjadi sumber kekuatan dan kematangan muzik mereka.
Nidji
Kali terakhir Nidji bertandang ke Malaysia adalah pada tahun 2019 dan sejak itu, mereka telahpun meluncurkan beberapa lagu baharu seperti Wadoow, Abu-Abu dan Segitiga Cinta serta lagu Bila Aku Jatuh Cinta dengan susunan saxaphone.
Ads
Kali ini, khabar Ubay, mereka amat teruja bagi menghiburkan peminat di Malaysia yang juga merupakan lokasi di luar Indonesia pertama yang menjadi pilihan Nidji bagi melakukan persembahan selepas fasa pandemik.
“Oleh kerana konsert ini menggabungkan genre rock moden Nidji dengan pop reggae oleh Budi Doremi, akan jadi sesuatu yang menarik di atas panggung nanti untuk didengarkan.
“Bahasa muzik itu universal. Walaupun Nidji dan Budi berbeza, mudah-mudahan kami mampu membuat persembahan yang menyatukan kedua-dua dunia.”
Nidji semasa persembahan Dream Festival di Indonesia.
“Sekian lama tidak datang ke Malaysia, tentunya kami teruja apabila diundang semula. Senang banget, apatah lagi bila mengimbas semula kenangan konsert di MITEC pada tahun 2019. Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-21 Nidji. Walaupun ahlinya bersilih ganti dan muzik Nidji juga semakin berevolusi, kami pasti peminat di Malaysia tetap setia menantikan kehadiran kami,” katanya.
Ads
Tambahnya lagi, satu lagi punca keterujaan mereka tentulah untuk menikmati semula makanan-makanan yang ada disajikan di Malaysia. “Pengen Nasi Kandar!” bilang mereka.
Nama Budi Doremi mungkin masih asing dalam kalangan masyarakat Malaysia. Begitupun, nafas baharu yang dibawakannya dalam muzik yang diperkenalkan amatlah menyenangkan dan menenangkan.
Budi Doremi.
“Untuk konsert ini, persiapan saya lebih ke arah persiapkan fizikal agar sihat dan mempergiatkan latihan. Mudah-mudahan semuanya lancar.
“Sebenarnya sejak saya berusia lima tahun lagi, saya ingin berkolaborasi dengan Nidji. Dan itu sudahpun terjadi sekarang, syukur,” luahnya.
Tiket konsert Dream Collaboration: Nidji X Budi Doremi sudah boleh didapati di platform Ticket2U. Harga tiket bergantung kepada kategori yang ditawarkan, terdiri daripada; Festival (Early Bird – Free Standing), RM214; CAT1 (Upper Deck), RM474 dan CAT 2 (Upper Deck) RM364.
Manakala, kategori Royal Box yang boleh menampung sehingga 8 orang penonton pula dijual pada harga RM4,694 setiap satu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Awas ya kepada mereka yang suka memecah belah orang, benci-membenci, menyalurkan keganasan dan berita palsu. Mulai awal tahun 2018 ini, pengasas Facebook, Mark Zuckerburg berkata, dia mahu membendung semua dinyatakan di atas.
Dari sebuah medium yang mahu mencari kenalan lama, menambah kenalan tetapi semakin lama facebook sudah berubah konsep bila semakin ramai yang menyalah gunakan medium ini.
Facebook sememangnya medium media sosial yang cukup diminati ramai. Di Malaysia sendiri, akaun Facebook ini dimiliki oleh 18 juta pengguna aktif setiap bulan yang menggunakan medium sosial ini untuk berhubung dan pelbagai kegunaan lain. 17 juta daripadanya aktif melayari Facebook pada peranti mudah-alih mereka. Manakala Jerman mencatatkan sejumlah 22,119,300 pengguna facebook dari 82.424.609 jumlah penduduknya dan menjadi salah satu negara penggunaan facebook terbesar di dunia.
Zuckerberg akui fb lakukan banyak kesilapan
Sebelum menubuhnya dahulu, Mark langsung tidak menduga perubahan dunia kerana menurutnya hari ini, medium rangkaian paling popular di dunia ini telah dirosak dan disalahgunakan oleh banyak pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan ucapan benci, keganasan dan berita palsu. Dan dia mahu memperbaikinya.
Mark mengakui, facebook tidak mempunyai perlindungan dalam menapis kandungan yang penuh keganasan, ucapan kebencian dan berita palsu. Akibatnya ramai penggunanya yang dipengaruhi oleh kandungan di dalam facebook yang mana tidak dapat disahkan sama ada benar dan sah. Menurut Pemprograman komputer dari Amerika Syarikat, dunia hari ini nampaknya telah terbahagi dan begitu cemas.
” Facebook mempunyai banyak kerja yang berkaitan dengannya. Sama ada untuk melindungi orang ramai daripada keganasan dan kebencian, campur tangan pihak berkuasa, atau pastikan masa yang mereka habiskan di Facebook adalah masa yang sangat berguna, “kata Zuckerberg di halaman akaun Facebooknya, seperti yang dipetik oleh Daily Mail pada hari Khamis semalam.
Inilah yang Zuckerberg cuba membetulkan pada tahun 2018. Beliau mengakui, pada masa ini memang terlalu banyak kesilapan yang telah dibuat sebagai sebuah syarikat. Walaupun dengan usaha maksimum Facebook dalam mengesan, menghentikan atau mencegah penyalahgunaan laman rangkaian sosial, Facebook.
”Cabaran peribadi saya pada tahun 2018 adalah untuk menyelesaikannya. Kami mungkin tidak dapat menghalang semua keganasan atau penyalahgunaan yang timbul, tetapi sekarang terdapat banyak kesilapan dalam menguatkuasakan peraturan dalaman dan ketidakupayaan kami untuk mencegah penyalahgunaan Facebook sebagai alat. Sekiranya semua ini berjaya tahun ini, ia akan menjadi satu pencapaian dalam sejarah kita, ” katanya di catatan laman fbnya semalam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas hampir dua tahun menyepi kerana menjalani latihan perkhidmatan tentera, kini penyanyi, Kai EXO kembali dengan kejutan besar buat peminat apabila beliau mengumumkan konsert jelajah dunia KAION 2025 buat pertama kali.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial rasmi EXO, Kai atau nama sebenarnya Kim Jong In (31) adalah salah seorang idola K-pop yang terkenal dengan tarian paling bertenaga dan aura tersendiri menyatakan konsert jelajah itu bakal diadakan bermula Mei akan datang.
Apa yang lebih mengujakan, Kai juga akan melancarkan album mini baharu pada April, menandakan kemunculan semula solonya selepas album Rover yang meletup pada 2023 lalu.
Kai yang sebelum ini popular menerusi lagu hit seperti Mmmh, Peaches dan Rover, sudah pastinya membuatkan ramai peminat tidak sabar menunggu konsep terbaru yang bakal dibawakan oleh ‘performance king’ ini pada album akan datang.
Jelajah Konsert Solo Pertama Kai
Dalam pada itu, konsert jelajah ini akan bermula di Seoul pada 17-18 Mei di Olympic Handball Gymnasium sebelum Kai bergerak ke bandar-bandar Asia lain seperti Macau, Jakarta, Singapura, Taipei, Manila, Bangkok, Yokohama, Hong Kong dan termasuk Kuala Lumpur, Malaysia!
Sekadar info, ini merupakan konsert solo pertama secara offline sepanjang 13 tahun Kai berada dalam industri hiburan. Terdahulu, Kai pernah melangsungkan konsert solo ‘KLoor’ pada tahun 2021, namun ia hanya diadakan secara dalam talian.
Dan jangan risau sebab kali ini, korang yang peminat Kai berpeluang menyaksikan persembahan hebatnya secara face-to-face dan sudah tentu vibe dia lain macam!
Sementara itu, butiran lanjut mengenai pembelian tiket akan diumumkan dari masa ke semasa dan pastikan korang tunggu info dari media sosial rasmi EXO dan juga di aplikasi Weverse.
Pada masa yang sama, selain sibuk dengan comeback dan konsert, Kai juga bakal menjadi hos rancangan web popular berjudul ‘Changing Majors’ Musim 6 yang akan ditayangkan bermula 27 Mac ini, pada pukul 6 petang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bulan April tahun ini pastinya tak akan lekang daripada kehadiran penyanyi antarabangsa ke Malaysia.
Sejak berita kehadiran kumpulan pop rock dari Amerika Syarikat, One Republic akan datang ke Malaysia tersebar pada Februari lepas, rata-rata peminat tidak mahu lepaskan peluang untuk membeli tiket paling murah berharga RM178. Dan semalam, tiket kategori CAT4 itu secara rasminya telah dikatakan habis dijual.
Sedih, dah sold out.
Harga tiket lain yang masih dijual pula adalah sekitar RM298, RM398, RM498 dan tiket Rock Zone yang berharga RM578. Menariknya, tiket duduk VIP bernombor yang berharga RM669 juga dikatakan laris dijual walaupun ia tiket paling mahal yang ditawarkan.
Situasi sold out ini kemungkinan berlaku disebabkan sudah 5 tahun telah berlalu sejak mereka berkunjung ke Kuala Lumpur untuk persembahan secara live.
Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment ini merupakan siri promosi album keempat kumpulan tersebut yang berjudul Oh My My. Pastinya banyak lagu-lagu baru yang akan dipersembahkan oleh mereka.
Namun, jangan risau. One Republic juga dikatakan akan memasukkan beberapa buah lagu popular mereka daripada album terdahulu, seperti Apologize, Stop and Stare, Counting Stars, Secrets dan If I Lose Myself.
Bagi korang yang masih belum mendapatkan tiket konsert OneRepublic, tiket boleh dibeli daripada wakil jualan di Eden Ultimate 1Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School by Jaya One Petaling Jaya, Blonde & Bruenette Quill City Mall Kuala Lumpur, Eastern Records Sdn Bhd, Rock Corner The Gardens dan rangkaian Speedy yang terpilih.
Layari Facebook @wgwentertainment untuk info terkini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang 'mendunia' di Malaysia bahkan di...