Begitulah perumpamaan tepat bagi sesiapa yang telah menonton filem konsert berjudul Sour Prom yang dipersembahkan oleh penyanyi, Olivia Rodrigo khas buat para peminatnya.
Ditayangkan secara eksklusif dan percuma (yes!) di akaun YouTube Olivia Rodrigo sekitar jam 11 pagi semalam waktu Malaysia, Sour Prom bermula dengan klip Liv memberikan ucapan istimewa kepada lebih 100,000 orang yang menontonnya secara live.
“Kebanyakan daripada kita termasuklah saya tidak dapat menghadiri majlis prom pada tahun ini. Jadi saya terfikir alangkah seronoknya untuk menganjurkan prom saya sendiri dan berkongsi dengan kalian semua.
Ads
“Saya gembira merancang dan menjayakannya! Saya berharap kamu semua menyukai juga,” kata Liv. Penyanyi berusia 18 tahun itu juga sempat menjawab beberapa soalan daripada peminat bertuah.
Tiba masa untuk persembahan lagu-lagu yang dimuatkan Liv dalam album pertamanya, Sour yang baru saja dilancarkan pada pertengahan tahun ini.
Jujurnya, Sour Promlebih daripada sekadar sebuah video muzikal panjang. Ia adalah satu hadiah istimewa kepada semua peminatnya yang memberi sokongan penuh bagi album Sour.
Kalau nak diikutkan, penyanyi sepopular Liv sepatutnya berpeluang menyanyi secara live di berpuluh-puluh buah negara sekiranya dunia tidak dilanda pandemik Covid-19. Namun nasib tidak menyebelahinya. Sour Prompada hemat penulis adalah hadiah pengganti rindu peminat terhadap Liv. (Oh, and hello Conan Gray!)
Ads
Filem konsert ini dirakam dengan cukup lancar: Liv menaiki limosin dan menyanyikan Deja Vu dalam perjalanan ke ‘majlis prom-nya’, kemudian menyanyikan Jealousy, Jealousy dan Traitor di dalam dewan prom dan seterusnya ke padang football untuk menyanyi lagu Drivers License dan Good 4 U bersama-sama band sekolah.
30 minit tersebut ibarat menonton filem pendek (walaupun Liv menyanyi secara live).
Bagi korang yang terlepas menontonnya, let tonton kembali di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahukah kamu bahawa dunia perniagaan di retail store di Amerika Syarikat dan Eropah kini semakin mengecil dan tidak mendapat sambutan? Mengapa perkara ini berlaku?
Ini kerana kuasa membeli generasi baru kini lebih terarah kepada pembelian secara talian atau online shopping. Pada masa kini, bukan sahaja pelbagai jenis barangan yang ditawarkan dalam talian malah segala macam servis juga boleh dibeli dan dipesan menerusi telefon pintar sahaja.
Uniknya berbelanja secara online, kamu kadangkala tidak mendapat maklumat selengkapnya tentang barangan yang ditawarkan. Dan disebabkan risiko inilah ada orang yang terpedaya dengan iklan jualan yang mereka lihat di Internet.
Lain yang dijangka, lain pula yang dapat. Nak salahkan siapa? Mungkin salah sendiri sebab tak semak laman sesawang atau info lengkap produk atau ia adalah salah satu bentuk penipuan?
10 orang di bawah ini telah mendapat pengajaran yang besar. JANGAN SESEKALI BERBELANJA TANPA USUL-PERIKSA DENGAN LANJUT!
1. Ini permaidani ke sarung tangan? LOL
2. Dalam gambar bukan main cantik lagi rekaannya. Hehe
Ibu kepada pelakon jelita, Zahirah Macwilson, Maslinda Yusoff tidak melenting apabila anaknya disindir secara terbuka oleh pelakon Fathia Latiff baru-baru ini, sebaliknya memuji keperibadian anak tercintanya itu.
Maslinda dalam satu hantaran di laman Instagram berkata, isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza itu merupakan seorang yang memiliki keperibadian cantik luar dan dalam, termasuk menjadi seorang ibu.
Bahkan, ibunya turut menyifatkan pelakon naskhah hit Tiada Maaf Buatmu itu sebagai seorang anak yang bertanggungjawab.
“Kamu (Zahirah) cantik luar dan dalam. Anak, ibu dan isteri penyayang serta mengambil berat.
“Sayang kamu sangat, kak”
Sebelum ini, pelakon naskhah popular Ariana Rose, Fathia Latiff menyifatkan Zahirah Macwilson saling tidak tumpah seperti seorang bibik (pembantu rumah).
Dia berkata demikian ketika menjawab komen peminat dalam siaran langsung media sosial yang mengatakan bahawa Zahirah memiliki kecantikan semula jadi sebagai seorang wanita.
Dalam pada itu, dia turut bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman yang menurutnya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Maslinda
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Filem Marvel yang ditunggu-tunggu, Spider Man: No Way Home akhirnya bakal ditayangkan di seluruh pagawam tanah air bermula 16 Disember ini.
Dibintangi oleh Tom Holland, Zendaya, Jacob Batalon, Benedict Cumberbatch, Jon Favreau dan Marisa Tomei, Spider-Man kali ini turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange yang dijangkakan akan bergandingan menentang Electro dan Doctor Octopus serta penjahat francais Spider-Man terdahulu yang disahkan kembali dalam filem kali ini.
Korang mesti dah tak sabar nak tonton filem terbaharu Spider Man ini kan?
Tapi sebelum itu, kami ada hadiah istimewa daripada siri Spider Man: No Way Home berupa merchandise dan tiket tayangan perdana dengan hanya menjawab soalan mudah yang diberikan. Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.
Tarikh: 14 Disember 2021 Masa: 8.30 malam Lokasi: GSC 1 Utama
Merchandise istimewa Spider Man: No Way Home
5 x Spider-Man: NWH Laptop Decal
5 x Spider-Man: NWH Metal Key-Ring
5 x Spider-Man: NWH Phone mascot
5 x Spider-Man: NWH Drawstring Bag
5 x Spider-Man: NWH Toiletries Bag
2 x Spider-Man: NWH 10 cm Squishy
5 pasang tiket tayangan perdana Spider Man: No Way Home
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...