Pelakon meningkat naik ini semakin menjadi bualan ramai apabila kini figuranya banyak tampil dalam naskhah tempatan.
Memiliki paras rupa yang cantik lagi ayu, pemilik nama Qasrina Karim ini sering disamakan dengan pelakon dan usahawan popular, Mira Filzah dek kerana dikatakan mempunyai paras rupa yang sama.
ARTIKEL BERKAITAN:
‘I’m Human Too’ – Qasrina Karim Sedih Bentuk Dahi Besar Dikritik NetizenBertanya mengenai caranya kekal yakin sebagai seorang anak seni, Qasrina yang lebih disapa Qas memberitahu dirinya lebih yakin apabila menggayakan pakaian yang tampak cantik pada pandangannya.
Selain itu, bintang berusia 27 tahun ini juga berkongsi kini lebih suka mengenakan penampilan yang ringkas dan minimalis.
“Bagi Qas sendiri, untuk penampilan apabila saya memakai baju yang cantik, saya rasa lebih yakin.
“Sebelum ini, saya lebih suka menggayakan pakaian yang berwarna-warni, pastel dan bercorak.
“Tetapi kini, gaya Qas lebih simple dan juga minimalis,” katanya kepada Remaja.
Pelakon naskhah popular Imam Instant Ustazah Scammer itu berkongsi perkara demikian ditemu ramah di pertunjukan fesyen koleksi baharu Zaimi Zulkafli untuk Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2023), yang berlangsung baru-baru ini.
“Untuk koleksi terbaharu Zaimi Zulkafli yang bertemakan ‘Perjalanan. Ya, perjalanan seorang pereka, inspirasinya sepanjang dalam bidang ini,” tuturnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
FOTO: Akaun Instagram Qasrina Karim