Duit dah habis beribu-ribu tapi rupanya barang yang dibeli bukanlah keluaran original. Mesti frust menongeng sebab kononnya sebelum beli bukan main lagi si penjual mengesahkan barangan tersebut adalah tulen.
Ha, ini adalah risiko yang perlu korang ambil kalau nak beli handbag berjenama secara online. Walaupun, ada juga peniaga online yang mengakui bahawa produk mereka bukanlah 100 peratus asli tetapi korang harus meneliti barangan yang dijual dengan baik supaya tak tertipu dengan peniaga yang mungkin saja mengaku produk mereka adalah tulen.
Kaki shopping online boleh gunakan khidmat Yellow Porter untuk barangan online dari luar negara. Selain harga yang menjimatkan, Yellow Porter menawarkan penghantaran barangan ke negara yang tidak menawarkan penghantaran ke Malaysia.
Macam mana nak kenal pasti produk tersebut original ke fake? Nah, berikut merupakan beberapa tip yang dikongsi oleh laman web Brightside dalam menentukan sama ada handbag yang korang beli tu original atau tidak.
1. Lihat pada jahitan
Setiap satu item yang dikeluarkan oleh jenama terkenal seluruh dunia akan diperiksa dengan teliti mengenai kecacatannya sebelum dijual. Semua jahitan hendaklah sempurna dan tiada sedikit pun benang longgar atau kecacatan visual. Silap sikit saja, mereka akan reject produk tersebut daripada dijual.
2. Periksa clasps, butang dan zip
Lihat dengan teliti pada aksesori-aksesori kecil seperti clasps, butang, zip, plat dan kunci. Handbag original mempunyai nombor atau nama yang dicetak pada produk tersebut. Ia juga sebagai tanda kualiti yang baik dan authentic.
Contohnya, setaip beg Hermes mempunyai ukiran logo ‘Hermes Paris made in France’ dibahagian belakang untuk menunjukkan tahun dihasilkan dan bahan yang digunakan.
3. Material
Jenama terkenal tidak menggunakan bahan daripada material yang kasar. Mereka menggunakan bahan lebih lembut dan hanya yang berkualiti. Barangan dengan trim kulit tidak sepatutnya berminyak atau melekit.
Sesetengah daripada handbag berjenama ini boleh menjadi lembut dan fleksibel, tetapi tetap mengekalkan bentuk terletak dan elok.
4. Jenama
Barangan tiruan sering dicetak dalam font yang berbeza, huruf yang berbulu atau kadang dengan ejaan yang salah. Jadi, ini perkara asas yang paling mudah untuk korang check.
5. Nombor siri
Salah satu cara lagi jika nak tahu produk tersebut original atau tidak, adalah dengan adanya nombor siri. Nombor siri itu akan dimeteraikan secara istimewa dan sukar untuk dibuang tanpa merosakkannya.
Bagi produk tiruan pula, biasanya ia mempunyai sticker dengan nombor siri tersebut yang ditampal pada permukaan beg.
6. Packaging
Barangan berjenama mempunyai sistem packaging mewah yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi. Handbag yang dibungkus tidak mempunyai sebarang kerosakan pada warnanya. Semua aksesori tambahan perlu dibungkus sekali bersama handbag tersebut.
7. Ciri khas
Setiap jenama mempunyai ciri-ciri khas yang tersendiri. Contohnya, Prada tulen tidak akan menggunakan warna yang berbeza untuk lining dengan bahagian luar beg. Warna yang sama akan digunakan untuk bahagian luar dan dalam.
Bagi jenama Dior, cari lapisan merah dengan logo jenama yang ditenun. Jika lapisan tersebut berkilat, ia adalah salah satu tanda bahawa produk tersebut mungkin bukan 100 peratus tulen.
Diharap agar tip yang diberikan ini dapat dijadikan panduan buat korang sebelum membeli barangan berjenama secara online.
Sumber: Brightside