‘Craving’ atau mengidam ini merupakan perkara biasa, bukannya untuk ibu mengandung sahaja ya! ‘Craving’ ini dicetuskan oleh sesuatu yang korang lihat, hidu atau dengar.
Contohnya, malam-malam sewaktu korang sedang scroll laman sosial media, waktu itu juga lah nak muncul iklan coklat, aiskrim, ‘mukbang’ makanan dan sebagainya. Selepas itu, mula lah rasa macam nak semua makanan tersebut!
Makanan manis seperti coklat dan aiskrim ni memang sedap. Walau bagaimanapun, makanan terlalu banyak gula seperti ini tidak baik kerana ia akan menjejaskan kesihatan korang.
Terlalu banyak makanan manis boleh menyebabkan korang menghidap diabetes dengan cepat. Bahaya! Jadi… kali ini penulis akan bagi tip 5 cara untuk korang elakkan craving makanan manis.
1.Tidur yang mencukupi
FOTO: Canva
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang akan menyebabkan ‘food craving’. Tidur yang tidak cukup meningkatkan rasa lapar, terutamanya keinginan untuk benda manis dan makanan ringan. Oleh itu, korang perlu tidur dengan cukup, kalau mulai terasa craving tengah malam, terus sahaja ke katil dan tutup mata sehingga lelap.
Ads
2.Kawal stress
FOTO: Canva
Korang tahu tak yang stress juga mampu meningkatkan selera makan dan craving? Stress mencetuskan keinginan untuk makanan yang meningkatkan tenaga dan keseronokan, seperti makanan masin, manis dan bergoreng. Contohnya, apabila bila korang stress dengan kerja, korang akan ‘labelkan’ makanan ini sebagai ‘comfort food’. Mesti korang pernah stress lepastu tiba-tiba rasa nak makan benda manis kan?
3. Banyakkan minum air
FOTO: Canva
Tekak rasa craving makanan manis sebenarnya petanda tubuh anda dahagakan air! Oleh itu, pastikan badan korang menerima air yang secukupnya. Lain kali, kalau tiba-tiba korang terasa mengidam manis atau gula, minumlah segelas air. Ia membantu korang menahan dan menepis keinginan gula.
4. Amalkan pemakanan yang kaya dengan protein
Ads
FOTO: Canva
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan ringan yang sihat, namun ia tidak selalunya cukup mengenyangkan untuk membuatkan korang terjaga dan bertenaga selama berjam-jam.
Makanan yang kaya dengan protein membuatkan korang kenyang lebih lama. Jadi bila korang kenyang lebih lama, korang takkan ada masa nak craving makanan lain. Oleh itu, amalkan makanan yang lebih banyak protein untuk mengelak rasa craving makanan manis.
5. Mengunyah gula-gula getah
FOTO: Canva
Mengunyah gula-gula getah membuatkan mulut korang busy dan mengurangkan keinginan untuk makanan manis. Menurut satu kajian, individu yang kerap mengunyah gula-gula getah akan rasa kurang mengidam makanan ringan, dan berasa lebih kenyang berbanding individu yang tidak mengunyah gula-gula getah. Ha… selepas ini boleh lah sediakan gula-gula getah sebagai persediaan. Kalau rasa craving makanan manis je terus kunyah!
Begitulah sikit sebanyak perkongsian mengenai cara untuk elak craving makanan manis. Sesekali kalau korang mahu ‘melayankan’ craving ini tidak mengapa, namun kalau berkali-kali…ia boleh jadi punca kenaikan berat badan. Untuk itu, jangan lupa untuk sentiasa jaga kesihatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lokasi penggambaran filem popular biasanya sering mendapat perhatian ramai, apatah lagi sekiranya ia dibuka untuk jualan secara umum. Terbaharu, sebuah rumah agam yang pernah berlaku beberapa peristiwa misteri dan menjadi inspirasi mengilhamkan filem seram The Conjuring bakal dijual dengan harga AS$1.5 juta (sekitar RM6.6 juta).
Rumah agam seluas 3,100 kaki persegi yang terletak di Rhode Island ini merupakan antara rumah berhantu paling terkenal di Amerika Syarikat. Penyiasat paranormal, Jenn dan Cory Heinzen adalah pemilik terdahulu rumah tersebut selepas membelinya pada tahun 2019.
Menurut sumber, pembeli baharu adalah Jacqueline Nunez yang merupakan seorang pemaju hartanah dari Boston. Heinzen dilaporkan menerima beberapa tawaran untuk rumah tiga bilik tidur itu. Dia meletakkan syarat bahawa bakal pembeli hendaklah ditemu bual sebelum menjual rumah agam itu.
Mereka turut meletakkan beberapa syarat lain, termasuk pembeli tidak tinggal di rumah itu kerana apa yang mereka dakwa adalah sebagai perlindungan kepada pembeli. Pemilik baharu menggunakan rumah itu sebagai entiti perniagaan dan membenarkan pelawat bermalam serta menjalankan siasatan ke atas aktiviti paranormal di situ.
Oh, kiranya kalau nak beli tidak boleh dijadikan sebagai kediaman tetap, tetapi harus digunakan untuk perniagaan yang berkaitan dengan aktiviti paranormal.
Antara perkongsian seram yang dikongsi, Andrea Perron pernah tinggal di rumah itu pada tahun 1971 hingga 1980 dan mengatakan keluarganya mengalami pengalaman pahit di sana. Wanita itu mendakwa dia pernah melihat ibunya melayang di atas kerusi dan kemudian dicampak sejauh 20 kaki. Perron menambah bahawa ibunya tidak mempunyai ingatan tentang peristiwa itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Hairul Azreen baru-baru ini menerima kejutan istimewa daripada rakannya iaitu jaguh badminton negara, Lee Zii Jia apabila mendapat raket dan bulu tangkis yang digunakan pada sukan berprestij dunia, Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam satu pertemuan yang dimuat naik melalui ‘Instagram Story’, pemenang pingat gangsa yang berusia 26 tahun itu menghadiahkan raket miliknya kepada Hairul Azreen manakala bulu tangkis diserahkan buat anak perempuan pelakon itu, Alisa Aisyah.
“Bronze medallist punya perlawanan. Ada dua (raket) tapi salah satunya adalah ini. Sudah pasti” – Lee Zii Jia
Menerusi video yang dimuat naik, Zii Jia berkunjung ke kediaman Hairul dan Hanis Zalikha dilihat menikmati hidangan nasi lemak dan teh ais iaitu menu yang paling dirinduinya selepas pulang dari Paris.
Sebelum ini, Zii Jia pernah mengunjungi kediaman pasangan selebriti berkenaan pada Jun lalu untuk memberi kejutan buat anak perempuan mereka, Alisa yang sangat meminatinya.
Malah ketika perlawanan badminton di Olimpik Paris 2024 lalu, anak kedua Hairul Azreen itu turut memberi sorakan buat Zii Jia.
Sekadar info, Lee Zii Jia menduduki ranking keenam dunia selepas memperoleh pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024, menumpaskan pemain nombor 14 dunia, itu menerusi kutipan mata 13-21, 21-16, 21-11.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing membuatkan peminat badminton tempatan teruja apabila berjaya merangkul kejuaraan selepas menafikan keupayaan pilihan utama beregu wanita Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 yang berlangsung dari 15 hingga 20 Oktober lalu.
Beregu kebangsaan itu memerlukan tempoh 42 minit untuk menundukkan wakil Taiwan merangkap pilihan utama, Chan Nicole Gonzales-Wei Ye Hong, dengan ‘straight set’ di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.
Namun, lima mata yang dikutip Nicole-Yun Yang meletakkan penghujung set pertama dalam keadaan getir 20-20.
Walau bagaimanapun, situasi yang mendebarkan itu tidak dibiarkan berterusan apabila dua mata akhir ditamatkan beregu negara yang berada di kedudukan ke-112 itu untuk menutup permainan 22-20.
Pei Kee-Mei Xing yang hanya satu mata dipisahkan dengan penyingkiran berikutan kecederaan lutut yang menimpa Ng Qi Xuan.
Mereka konsisten untuk menawan set kedua 21-11 bagi mengesahkan kejuaraan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial selepas tampil dengan imej berhijab.
Menerusi...