Pernah tak kita cuba menolong kawan dengan memberikan akaun bank tetapi tanpa sedar kita kemudian ditangkap oleh polis kerana dituduh memiliki harta curi?
Mungkin ia belum terjadi tetapi kes ditipu selepas meminjamkan akaun bank sudah semakin kerap dilaporkan termasuk dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah yang kita tak buat pun (malangnya kita terperangkap kerana meminjamkan akaun bank) kepada kawan atau pihak ketiga yang lain.
Baca nasihat diberikan oleh peguam bela dan peguamcara, Ahmad Shamil Azad mengenai risiko memberikan kad bank kepada pihak ketiga.
Ingat ya, jenayah tidak mengenal mangsa. Kadang kala, kawan baik menganiayai kawan sendiri terutama dalam kes melibatkan salah guna wang. Kalau belum terjadi pada kita, beranilah berkata tidak pada kawan yang suka benar mahu meminjam akaun bank kita untuk membuka perniagaan atas alasan namanya disenarai hitam oleh pihak bank. Ini kerana akaun kita mungkin boleh dijadikan tempat untuk melakukan jenayah.
BICARA JENAYAH, JANGAN PINJAMKAN AKAUN BANK!
Antara kes yang semakin kerap dilihat di Mahkamah seluruh Malaysia adalah kes melibatkan kesalahan membantu menyimpan/menyorok/memiliki harta curi tanpa alasan munasabah. Punca mereka dituduh? Kerana mereka MEMINJAMKAN/MENYERAHKAN AKAUN BANK kepada pihak ketiga!
Rata-rata mereka dituduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Ads
Sekiranya mereka beruntung, mungkin mereka akan ditawarkan pertuduhan dibawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil di mana hukuman adalah denda yang boleh sampai RM1000 atau penjara maksima 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Di dalam kes seperti ini secara lazimnya, tertuduh telah menyerahkan akaun bank kepada pihak ketiga untuk sama dipinjam untuk tujuan perniagaan, terutamanya kepada ahli keluarga atau rakan-rakan yang telah disenarai hitam oleh bank.
Tak kurang pula ada antara mereka yang menjadi mangsa kepada 'SCAM' pinjaman wang yang menggunapakai media sosial seperti Facebook yang mana mangsa penipuan ini akan diminta menyerahkan kad ATM bersama nombor pin untuk 'memasukkan wang pinjaman'.
Ramai orang awam yang mengalami kesempitan wang tertipu dengan janji manis organisasi Scam seperti ini yang menawarkan pinjaman wang dengan syarat yang amat ringan dan terma yang menarik.
Ads
Ada juga yang dengan sengaja menyerahkan akaun kepada organisasi yang menjalankan perjudian secara online dan mendapat pulangan 'upah' kerana meminjamkan akaun tersebut.
JANGAN SEKALI-KALI SERAHKAN AKAUN BANK ANDA KEPADA PIHAK KETIGA
Apakah yang mungkin berlaku sekiranya anda masih berkeras hendak serahkan akaun anda?
Anda masih dikira bertanggungan terhadap penggunaan akaun anda. Segala kesalahan yang dilakukan PENGGUNA akaun akan dikesan balik kepada PEMILIK akaun. Dan sekiranya siasatan mendapati bukti terputus setakat disitu sahaja tanpa dapat mengesan identiti PENGGUNA akaun tersebut, agak-agaknya siapakah suspek utama bagi kesalahan tersebut? Sudah tentu PEMILIK BERDAFTAR akaun!
Ads
Jadi anda akan berisiko menanggung kesalahan yang dilakukan oleh orang lain!
Sekiranya Pengguna akaun menjalankan kesalahan menipu atau 'scam' terhadap orang awam, anda berisiko disiasat dan dituduh dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Mungkin anda perlu 'bermalam' di lokap selama beberapa hari sehingga siasatan selesai.
Bagaimana pula sekiranya akaun tersebut digunakan untuk menyalurkan wang haram? Atau sekiranya akaun tersebut digunakan untuk membuat sumbangan kepada organisasi pengganas di luar negara?
Risiko yang anda tanggung adalah amat besar.
Walaupun Pengguna Akaun yang membuat kesalahan, anda sebagai Pemilik Akaun berdaftar akan berdepan dengan proses perbicaraan yang rumit dan berpanjangan dalam membuktikan bahawa anda sebenarnya tidak terlibat dengan kesalahan yang dilakukan.
Oleh itu berfikirlah sebelum bertindak. Jangan sesekali meminjamkan akaun, kad ATM dan nombor PIN kepada mana-mana pihak ketiga. Sumber : FB Ahmad Shamil Azad.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Jung Joon Young, ditahan pihak polis berkaitan isu rakaman video seksual secara haram.
Jung Young yang tiba di Seoul Central District Court pada 21 Mac 9.30 pagi semalam, telah disiasat untuk memastikan kesahihan waran tangkap yang dipohon oleh pihak polis.
Waran tangkap dikeluarkan setelah Joon Young hadir ke mahkamah untuk mendengar kesnya dimana kemudiannya dia meminta maaf kepada para mangsa diatas kesalahannya itu. Dia merupakan artis pertama yang ditanggap sepanjang kes Burning Sun berlaku.
“Saya minta maaf, saya mengaku bersalah di atas semua kesalahan itu.
“Saya tidak akan melawan kesemua tuduhan itu dan akan menerima semua keputusan mahkamah.
Pagi ini tular di media sosial gambar Menteri Wanita dan Keluarga Malaysia, Datuk Rina Harun yang dikatakan sudah semakin langsing berbanding dahulu. Perubahan fizikal ahli Parlimen Titiwangsa ini ternyata menarik perhatian ramai dan rata-rata netizen memuji penampilan terbarunya.
Ada netizen yang sanggup menyelidik dan mengatakan bahawa pada Mac tahun lalu, Rina Harun masih kelihatan berisi dan sewaktu bulan Ramadan, beratnya nampak susut sehinggalah selepas Aidilfitri lalu, Datuk Rina Harun semakin menawan.
Setelah diselidik, mac 2020 masih berisi sedikit, masa puasa start turun berat, dah tak pakai shawl nampak anak tudung, after raya 2020 makin howtttt pic.twitter.com/a5UY8zmvdO
Perubahan ini pastinya membuatkan ramai terinspirasi dan bersemangat untuk mengurangkan berat badan. Betul tak?
Malah, ada yang berseloroh, Datuk Rina Harun dikatakan seperti “From pengetua sekolah look to cikgu praktikal look!”
Tahniah kami ucapkan kepada Datuk Rina kerana berjaya membuat perubahan positif dan memberikan inspirasi untuk masyarakat terus bersemangat menurunkan berat badan serta kelihatan lebih berkeyakinan.
Tak salah kalau kita berubah asalkan perkara itu baik untuk diri sendiri kan?
Sila tadah air segera ya. Jangan nanti balik dari kerja, nak mandi tapi tengok air tak meleleh. Apa yang pasti, ramai mengakui lebih tertekan jika tiada air berbanding tiada bekalan elektrik.
Isu pencemaran air mentah yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sekali lagi menyusahkan warga Lembah Klang dan sekitar Selangor apabila empat loji utama terpaksa ditutup untuk dirawat.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, Loji Rawatan Air Sungai (LRA) Rantau Panjang dihenti tugas, 7.15 pagi tadi. Malah dalam kenyataan terbaru dikeluarkan setakat jam 11 pagi tadi, pencemaran pada sumber air mentah masih dikesan berlaku di Sungai Selangor.
Jelasnya lagi, pagi pula, tiga lagi LRA yang dihenti tugas pagi ini adalah LRA Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3).
"Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di tujuh wilayah iaitu di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat bermula 10 pagi ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Elina berkata, senarai penuh kawasan yang terjejas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan http://www.airselangor.com.
"Air Selangor bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang mengambil tindakan pantas bagi mengatasi insiden pencemaran ini dengan kadar segera.
"Semua pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat," katanya. Sumber : Harian Metro / Syarikat Pengurusan Air Selangor.
Ini kawasan yang terjejas ya akibat penutupan loji ini. Tengok mana tahu kawasan tempat tinggal korang masuk dalam senarai ini.
GOMBAK
Kuala Lumpur
Kuala Langat
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...