Penjagaan rambut bukan hanya perlu dititikberatkan untuk wanita free hair saja. Malah, sebenarnya ia lebih penting bagi wanita yang berhijab kerana perlu memastikan kesihatan rambut terjaga sepanjang hari.
Mungkin korang cuci rambut setiap hari tu dah cukup menjamin rambut korang sihat dan bebas dari sebarang masalah.
Tidak ye sebenarnya…
Nak tahu kenapa rambut korang masih bermasalah walaupun kerap dicuci? Haa, ini 4 sebab utamanya.
1. Kulit Kepala
Terlalu mencuci rambut akan menyebabkan kekeringan dan mengurangkan minyak pada kepala. Apabila kulit kepala menjadi kering, kelemumur dan serpihan bersisik akan terjadi. Akhirnya pertumbuhan rambut menjadi perlahan disebabkan akar rambut yang lemah.
Ads
2. Warna Rambut
Bagi mereka yang mewarnakan rambut, ia akan membuatkan warna mudah luntur dengan cepat. Sebab itu penggaya rambut akan menyarankan mereka yang mewarnakan rambut supanya mencuci sebanyak 2-3 kali seminggu menggunakan syampu dan perapi khas.
Ads
3. Haba
Sebilangan kecil akan membiarkan rambut kering secara semula jadi. Sekurang-kurangnya, selepas mencuci rambut, korang perlu menggunakan pengering rambut sehingga ia kering. Oleh itu, semakin kerap mencuci rambut, semakin banyak haba yang digunakan. Sebagai kesannya, rambut akan menjadi rosak, kering dan tak bermaya.
Ads
4. Bahan Kimia
Tak semua orang memilih syampu dan perapi yang mempunyai bahan semula jadi 100%. Dan bagi menyelamatkan rambut dan kulit kepala, jangan mencuci dengan kerap. Apabila pendedahan terhadap bahan kimia terlampau tinggi, berkemungkinan beberapa penyakit berkaitan dengan kulit kepala akan berlaku.
Nak mencuci rambut tidak salah tetapi lakukan sedikit penyelidikan untuk mengetahui tentang jenis kulit rambut dan teknik yang betul bagi mengekalkan kelembapan rambut.
Akhir sekali, kalau anda mempunyai masalah rambut, dapatkan rawatan segera. Jika tidak mahu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan rawatan di salun, dapatkan nasihat ahli farmasi untuk pilih syampu yang sesuai bagi kulit kepala anda.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah menjadi kebiasaan Hari Raya ini kita akan dihidangkan dengan pelbagai juadah raya yang sedap dan menyelerakan.
Tapi pernah tak korang alami pengalaman minyak rendang atau minyak lauk pauk yang dihidang tu terkena pada lengan baju atau terkena baju?
Dah lah baju putih, habis comot! Macam mana ni, cacatlah ootd Raya nanti.
TRIK Hanya Gunakan Ini..
Sedih bukan? Tambah-tambah lagi kalau baju raya tu berjenama seperti Fizi Woo, Fuustaan, Petra dan bermacam lagi. Mesti hati pun rasa kesal dan terkilan sebab kos beli baju bukanya murah.
Malah, seperti yang kita sedia maklum minyak rendang adalah antara minyak yang amat sukar untuk ditanggalkan dan mempunyai kesan degil yang pastinya melekat pada pakaian, terutamanya pakaian putih.
Jangan risau! Ada satu spray ajaib ni memang berkesan untuk menghilangkan kotoran pada pakaian putih tau. Tak sabar nak tau apa jenama spray tu? Ni dia spray nya, jenama Ecomax!
Menariknya, spray ini sememangnya berkesan untuk menanggalkan kotoran degil seperti minyak rendang, kesan solekan, kesan lipstik, minyak tudung dan segala macam kotoran degil lagi lah.
Caranya:
1. SpraykanEcomax laundry pre-wash kepada permukaan pakaian atau tudung yang telah tercemar dek kotoran itu. Spraykan dua tiga kali, hingga sabun meresap dan mengeluarkan kotoran itu dari pakaian anda.
2. Kemudia tunggu selama 3 hingga 5 minit, apabila dah nampak buih-buih sabun bertukar warna daripada warna putih kepada warna kotoran yang melekat pada permukaan pakaian atau tudung anda tadi, boleh lah bilas dengan menggunakan air bersih.
3. Lepas dah bilas, perah sehingga kering dan jemurkan pakaian atau tudung di ampaian sehingga kering! Anda pasti teruja dengan keberkesanan spray Promax ini!
Dah tau caranya kan? Katakan selamat tinggal pada kotoran degil tanpa perlu teruk menggonyoh dan menyental! Spray-spray je guna Promax! Kotoran degil pasti hilang! Min dah cuba tau, memang superb weh..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik dan gadis berhijab bukanlah satu perkara yang sinonim. Namun zaman sudah berubah dan gadis berhijab juga membuktikan bahawa sehelai selendang yang menutup kepala bukan penghalang untuk berdiri sama tinggi dengan yang lain. Malahan hijab menjadi sumber kekuatan disamping memenuhi tuntutan agama.
Terbaru, Shatu Garko,18, telah dinobatkan sebagai Miss Nigeria ke-44 pada 17 Disember 2021 menyaksikan dia sebagai gadis Muslim berhijab pertama memegang gelaran tersebut sepanjang 65 tahun sejarah pertandingan itu.
Kredit foto: Instagram Shatu Garko
Sejurus kemenangannya, gadis ini tidak menyangka yang dia mampu untuk bergelar juara. “Memenangi pertandingan ini merupakan satu perkara yang sangat bermakna buat saya. Seumur hidup saya selalu berangan untuk bergelar Miss Nigeria. Saya berterima kasih kepada penganjur dan juga penaja pertandingan ini,” jawabnya apabila ditemubual oleh wartawan Nigerian Tribune.
Berikutan kemenangannya, Shatu menerima wang tunai bernilai Nigerian Naira 10 juta ataupun bersamaan RM101’492.03, sebuah apartment mewah, sebuah kereta dan juga tugas sebagai duta.
Kredit foto: Instagram Shatu GarkoKredit foto: Instagram Shatu Garko
Berkongsi cerita tentang pembabitannya dalam dunia ratu cantik, gadis manis ini pada mulanya skeptikal dan agak gementar untuk bertanding memandangkan dia berhijab. Berkongsi cerita kepada Sahara Reporters, ujarnya, “Saya risau mereka tidak memilih saya kerana saya berhijab. Kebanyakan gadis di pertandingan ratu cantik harus mengenakan pakaian mandi atau bikini. Saya menghantar borang penyertaan sekadar mencuba nasib.”
Walaupun memegang gelaran Miss Nigeria, Shatu tidak akan mewakili negaranya di dalam mana-mana pertandingan peringkat antarabangsa. Miss Nigeria kini merupakan sebuah organisasi pertandingan ratu cantik yang bertujuan menganugerahkan biasiswa kepada para pemenang untuk menyambung pelajaran di samping akan bekerja bersama organisasi tersebut sepanjang memegang gelaran.
Pertandingan yang menghantar wakil ke Miss Universe dan Miss World dari Nigeria adalah anjuran Most Beautiful Girl in Nigeria (MBGN). Organisasi ini adalah pemegang lesen kepada dua pertandingan itu dan ia berbeza dari pertandingan Miss Nigeria.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada bulan Mac lalu, wanita jelita berdarah kacukan Cina-India, Jasebel Robert pernah mencipta magis di pentas Miss Grand International 2020 setelah wakil Malaysia itu berjaya menembusi senarai 10 peserta terbaik.
Jasebel, 25 terpilih menyertai senarai Top 10 apabila mengenepikan populariti 63 peserta lain untuk dinobatkan sebagai pemenang kategori Miss Popular Vote. Sekaligus, Jasebel menjadi wakil Malaysia pertama di pertandingan Miss Grand International yang berada di kedudukan Top 10.
Untuk edisi Miss Grand International 2021 yang kini sedang berlangsung di Bangkok Thailand pula, wakil Malaysia ke pertandingan tersebut pun tidak kurang hebatnya. Malaysia diwakili oleh Lishalliny Kanaran dan dia sedang berdepan saingan daripada 60 peserta lain dari seluruh dunia untuk cuba melakukan yang terbaik bagi menyamai prestasi Jesebel pada edisi lepas mahupun memperbaiki kedudukan Malaysia ke senarai 5 terbaik. Siapa tahu, rezeki dan tuah berpihak kepada negara pada tahun ini?
Menghampiri acara finale pada 4 Disember ini, Miss Grand International 2021 pada malam ini telah melangsungkan segmen kostum nasional terbaik yang disiarkan secara langsung di saluran YouTube Grand TV.
Lishalliny tampil bersedia apabila dia memperkenalkan keunikan kostum dan kisah di sebalik persembahan Ulek Mayang yang berasal dari negeri Terengganu.
Bukan mudah ya untuk Lishalliny mempersembahkannya dek saiz kostum rekaan khas pereka Sarawak, Aldrin Artistry itu yang dianggarkan seberat 50 kilogram!
Ihsan Foto : Miss Grand Malaysia
Sedikit info mengenai budaya Ulek Mayang; ia merupakan sejenis tarian penyembahan yang asalnya adalah upacara rawatan tradisional seorang bomoh ke atas nelayan yang tidak sedarkan diri dan telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta terhadapnya.
Demi membawa pulang roh nelayan berkenaan, puteri laut telah menyeru lima lagi saudaranya untuk melawan si bomoh hinggalah tercetusnya pertarungan di antara bomoh dan keenam-enam puteri.
Ihsan Foto : Miss Grand Malaysia
Akhirnya, puteri sulung yang juga merupakan puteri ketujuh meleraikan pertarungan dan memerintahkan agar kelompok yang berasal dari darat untuk pulang ke darat sementara puteri-puteri laut untuk pulang semula ke dunia mereka.
Sebagai ucapan terima kasih di atas bantuan puteri ketujuh, nelayan tersebut dan rakan-rakan menyembahnya dengan nasi berwarna hinggalah kehadiran agama Islam di bumi Terengganu.
*
Berbalik kepada wakil Malaysia ke pertandingan Miss Grand International 2021, rekaan kostum Ulek Mayang ini diakui ramai sebagai salah satu kostum nasional terbaik yang pernah dihantarkan oleh Malaysia ke pentas pertandingan ratu cantik.
Bukan saja kostum serba biru-hitam keemasan ini menarik untuk ditatap, malah persembahan Lishalliny yang membawa bersama ‘tujuh orang puteri laut’ dengannya selama kira-kira 42 saat pada malam ini tampak cukup menyakinkan.
Lihat sajalah klip persembahannya di bawah :
Jika korang masih ingat pada Miss Grand International 2020, Malaysia juga pernah memukau penonton menerusi kostum yang diinspirasikan daripada budaya Mak Yong; sehinggakan ia tercalon dalam senarai 10 kostum terbaik oleh pihak juri.
Miss Grand International 2021 mula dilangsungkan pada 17 November lalu di kepulauan Phuket untuk mempromosikan sektor pelancongan Thailand. Ia bersempena pembukaan semula sempadan negara itu kepada pelancong asing menerusi program sandbox yang diperkenalkan oleh pihak kerajaannya.
Selain itu, penganjuran Miss Grand International 2021 juga dilihat sebagai strategi Thailand untuk kembali merancakkan sektor pelancongan yang merupakan salah satu sektor paling menguntungkan negara Gajah Putih itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak di antara kita yang sering terlepas pandang tentang pentingnya penggunaan pelindung matahari SPF atau sunblock, kan?
Tapi, sebenarnya, penggunaan sunblock setiap hari, terutamanya...