Penjagaan rambut bukan hanya perlu dititikberatkan untuk wanita free hair saja. Malah, sebenarnya ia lebih penting bagi wanita yang berhijab kerana perlu memastikan kesihatan rambut terjaga sepanjang hari.
Mungkin korang cuci rambut setiap hari tu dah cukup menjamin rambut korang sihat dan bebas dari sebarang masalah.
Tidak ye sebenarnya…
Nak tahu kenapa rambut korang masih bermasalah walaupun kerap dicuci? Haa, ini 4 sebab utamanya.
1. Kulit Kepala
Terlalu mencuci rambut akan menyebabkan kekeringan dan mengurangkan minyak pada kepala. Apabila kulit kepala menjadi kering, kelemumur dan serpihan bersisik akan terjadi. Akhirnya pertumbuhan rambut menjadi perlahan disebabkan akar rambut yang lemah.
2. Warna Rambut
Bagi mereka yang mewarnakan rambut, ia akan membuatkan warna mudah luntur dengan cepat. Sebab itu penggaya rambut akan menyarankan mereka yang mewarnakan rambut supanya mencuci sebanyak 2-3 kali seminggu menggunakan syampu dan perapi khas.
3. Haba
Sebilangan kecil akan membiarkan rambut kering secara semula jadi. Sekurang-kurangnya, selepas mencuci rambut, korang perlu menggunakan pengering rambut sehingga ia kering. Oleh itu, semakin kerap mencuci rambut, semakin banyak haba yang digunakan. Sebagai kesannya, rambut akan menjadi rosak, kering dan tak bermaya.
4. Bahan Kimia
Tak semua orang memilih syampu dan perapi yang mempunyai bahan semula jadi 100%. Dan bagi menyelamatkan rambut dan kulit kepala, jangan mencuci dengan kerap. Apabila pendedahan terhadap bahan kimia terlampau tinggi, berkemungkinan beberapa penyakit berkaitan dengan kulit kepala akan berlaku.
Nak mencuci rambut tidak salah tetapi lakukan sedikit penyelidikan untuk mengetahui tentang jenis kulit rambut dan teknik yang betul bagi mengekalkan kelembapan rambut.
Akhir sekali, kalau anda mempunyai masalah rambut, dapatkan rawatan segera. Jika tidak mahu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan rawatan di salun, dapatkan nasihat ahli farmasi untuk pilih syampu yang sesuai bagi kulit kepala anda.