Risiko Kanser Usus, Ini 5 Sebab Sosej Tidak Boleh Diambil Selalu

Share

Ramai sukakan makanan proses segera. Bukan saja mudah dimasak tetapi ia tidak sesukar mana di sediakan. Sediakan kuali dan minyak atau dibakar, sosej antara makanan pilihan rakyat Malaysia ketika berkelah dan sebagainya.

Foto Via Pexels

Namun perkongsian yang dikongsikan oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia ini pasti membuat penggemarnya terkedu.

Ya, sosej amat tidak sihat diambil dalam kadar yang kerap. Paling menakutkan ia meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus selain boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat dalam badan.

Lima bahaya sosej patut kita semua tahu. Sila kurangnya terutama diberi kepada kanak-kanak kecil.

Jika korang beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali.

Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis makanan terproses dan mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Tinggi kandungan lemak tepu ( lemak trans meningkatkan risiko kanser)
2. Tinggi kandungan garam (sodium & MSG)
3. Tinggi bahan pengawet
4. Boleh meningkatkan tahap kolestrol ‘jahat’ dalam badan


5. Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.

Kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat SEDIKIT. Nak makan sosej tu boleh, tapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kita.

Mungkin ada yang melihat isu ini secara sinis “ala, bukan makan hari hari”, fikirkan semula. “Makanan Proses” dalam konteks ini termasuklah segala makanan di dalam tin seperti ikan sardin, tuna, makanan sejuk beku, makanan yang di keringkan dan di awetkan seperti ikan masin, ikan kering, buah buahan dan sayur sayuran jeruk dan segala makanan yang di proses sebelum di hidangkan ke pinggan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik mengenai pemakanan, boleh rujuk

Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Public Health

Published by
Nana