Pelakon, Rita Rudaini mendedahkan dia pernah menangis di tengah malam hanya kerana bimbang dengan masa depan kedua orang puteranya.
Perkongsian tersebut dimuat naik pelakon filem popular Mami Jarum itu di entri Instagram miliknya, baru-baru ini.
Sebagai ibu tunggal yang membesarkan dua cahaya mata tersayangnya itu, dia sentiasa berfikir mengenai nasib dan masa depan anak-anaknya.
ARTIKEL BERKAITAN:
“Sebenarnya ‘Insecure’ Dengan Lakonan Saya, Tapi…” -Nur Fazura Teruja Bakal Kembali Warnai Naskhah Tempatan“Aku pernah menangis di tengah malam hanya kerana hanya kerana aku khuatir nasib-anak-anakku di masa hadapan,” katanya.
Justeru itu, Rita menyedari bahawa segala urusan yang difikirkan olehnya itu adalah urusan yang Maha Esa dan tugasnya hanya perlu mendoakan mereka, mendidik dan menjadi seorang ibu yang baik.
“Tugaskan hanya mendoakan, mendidik dan menjadi ibu yang terbaik buat mereka,” coretnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terkesan dan mengucapkan penghargaan buat Rita kerana memuat naik hantaran tersebut.
“Ibu yang hebat. Satu malaysia tahu bagaimana kuatnya seorang Rita Rudaini yang membesarkan anak-anak. Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kecil kak Rita dan sentiasa kuat,” tulis seorang pengikutnya.
“Terima kasih untuk mengingatkan, Rita. Betul, kita minta saja dengan Allah supaya Dia jaga urusan dunia kita dan anak-anak,” komen lagi seorang pengikut.
Seputar info, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada September 2013
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Rita Rudaini