Pasangan penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini dilaporkan sudah bernikah semula susulan saranan Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada November lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pejabat Agama Setia Budi, Jakarta Selatan, Nasrullah seperti dilaporkan media Tribunnews.

Menurut Nasrullah, pasangan itu telah bernikah semula pada 27 Disember lalu mengikut rukun nikah yang betul dan telah sah mengikut lunas agama dan negara.

Rizky Febian & Mahalini Nikah Semula, Perkahwinan Kali Kedua Akhirnya Sah
Kredit: Kompas

“Perkahwinan mereka telah diadakan, ia sah dari segi negara dan agama. Mereka bernikah di Pejabat Agama Setia Budi dan terus didaftarkan di sini,” jelas Nasrullah menerusi video yang dimuatnaik di Youtube Cumicumi.

Sebelum ini, Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti itu diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.

Menurut jurucakap mahkamah itu, H Suryana, salah satu rukun nikah tidak dipenuhi dan panel hakim mengisytiharkan perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang negara dan agama.

Ads

BACA: Pernikahan Rizky Febian, Mahalini Tidak Sah Selepas 6 Bulan Bersama

BACA: Nak Tubuh Pasukan Bola Sendiri Dengan Seorang Simpanan, Rizky Febian Mahu 12 Orang Anak!

Rizky Febian & Mahalini Nikah Semula, Perkahwinan Kali Kedua Akhirnya Sah
Kredit: Jawa Pos

Keputusan itu diketahui selepas pasangan tersebut memohon pengesahan perkahwinan dari mahkamah.

Ads

Ketika majlis pernikahan pada 10 Mei lalu, pihak Mahalini telah melantik seorang ustaz sebagai wali hakim, namun majlis hakim mendapati bahawa proses tersebut dalam menjadikan individu terbabit sebagai wali hakim tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan undang-undang di Indonesia.

Rizky Febian & Mahalini Nikah Semula, Perkahwinan Kali Kedua Akhirnya Sah
Kredit: Mahalini

Dalam pada itu, H Suryana menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah mengikut prosedur undang-undang yang berkenaan.

“Semua keputusan adalah berdasarkan fakta perbicaraan dan peraturan undang-undang sedia ada,” jelasnya.

Ads

Sementara itu, khabar bahawa Mahalini kini sedang berbadan dua akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan perkara tersebut selepas memuat naik gambar menampakkan baby bump menerusi Instagram miliknya.

Terdahulu, Rizky atau nama penuhnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna (27) dan Mahalini Ayu Raharja (25) bernikah dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta Selatan, Indonesia, pada 10 Mei 2024.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI