Berita

Rizman Ruzaini Perabis RM3 Juta Demi Dapatkan Naomi Campbell

Share

Jenama fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini tampil mendedahkan telah menghabiskan sebanyak RM3 juta untuk mendapatkan khidmat model antarabangsa, Naomi Campbell bagi memperagakan busana rekaan mereka di Minggu Fesyen Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE), pada Oktober tahun lalu.

Menurut Rizman, awalnya perancangan untuk mendapatkan model tersebut bagaikan tiada harapan kerana bayaran yang dikenakan agak mahal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dreams Do Come True” -Naomi Campbell Berjaya Pukau Warganet, Tampil Peragakan Rekaan Rizman Ruzaini Di Dubai Fashion Week

“Awalnya ramai yang tidak bersetuju untuk menggunakan khidmat Naomi kerana bayaran terlalu mahal.

“Dalam perbincangan pada bulan Jun tahun lalu, dia tidak memberi maklum balas. Kemudian pada bulan 8 akhirnya perkara itu dapat direalisasikan,” katanya dalam satu video audio siar.

Dalam pada itu, Rizman memberitahu, pihaknya hampir menanggung kerugian selepas pihak pengurusan model terbabit menaikkan harga secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak berlaku selepas Naomi mengetahui perkara terbabit dan mengekalkan harga asal ialah AS$350,000.

“Harganya tiba-tiba meningkat selepas dia menjadi muka depan majalah Vogue dan siaran dokumentari mengenainya. Disebabkan itu harganya meningkat mendadak.

“Mungkin kerana kami pereka dari Malaysia, jadi dia ingin ‘ketuk’ sebab bayarannya mencecah lebih RM4.5 juta. Kemudian kami sendiri berbincang dengan pihak Naomi dan akhirnya dia bersetuju dengan harga asal,” katanya.

Terdahulu, Naomi menggenakan gaun putih hitam dan dihiasi dengan kristal serta dipadankan dengan jaket bolero untuk koleksi musim bunga/panas 2024.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Rizman Ruzaini

Published by
Fath