Cuba check balance akaun bank korang bila akhir bulan. Agak-agaknya masih ada duit lebih atau belum cukup hujung bulan duit dah kering kontang?
Jangan kata mak anak tiga, yang si bujang ni pun rasa hazabnya la wey kalau nak tunggu gaji bulan berikutnya.
Persoalannya di sini, adakah jumlah gaji yang diterima tidak mencukupi atau lifestyle mereka yang tak kena gaya dengan gaji?
Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), definisi gaji untuk ‘hidup’ ialah pendapatan minimum yang diperlukan oleh sebuah isi rumah untuk turut serta dalam masyarakat, peluang pembangunan peribadi dan keluarga, selain bebas daripada tekanan kewangan yang teruk.
Jadi, tak ada la isu gaji cukup-cukup makan yang kadang-kadang korang pun terpaksa ikat perut atau mintak advance dekat orang lain.
Tambah BNM lagi, kira-kira 27% isi rumah di Kuala Lumpur sekarang ni hidup di bawah ‘gaji untuk hidup’ dan kebanyakannya adalah daripada lepasan sekolah menengah dengan pekerjaan berkemahiran rendah atau sederhana.
Masyarakat kita sekarang menilai standard kehidupan minimum adalah lebih daripada sekadar mampu membeli barangan keperluan, malah termasuk penyertaan sosial dan jaminan kewangan.
Pendek kata, macam ada duit lebih untuk korang have fun juga la. Hujung minggu keluar tengok wayang dengan kawan-kawan dan boleh juga asingkan duit untuk simpanan.
Tapi apa yang berlaku hari ini?
“Gaji untuk hidup adalah lebih tinggi daripada gaji minimum berkanun kerana ia secara dasarnya berasaskan kos kehidupan.”
Untuk mereka yang hidup di Kuala Lumpur, BNM menganggarkan seorang dewasa bujang perlu memperoleh RM2,700 sebulan untuk menyewa bilik, makan di luar, memasak sekali skala dan menggunakan pengangkutan awam.
Hm, setuju tak?
Dalam keadaan ekonomi sekarang ni kami rasa ada betulnya juga. Masuk toilet pun kena charge 50 sen, ada lagi ke benda yang free dekat dunia ni?
Apa-apa pun, yang penting kalau kita ikhlas bekerja insyaAllah rezeki tu selalu je ada. Betul tak?
Sumber: Harian Metro