RM6.4 Juta Bersihkan Sungai Kim Kim Mac Lalu, Kini Pasir Gudang Tercemar Lagi

Share

Baru saja reda isu Sungai Kim Kim yang tercemar tiga bulan lalu di mana kesihatan lebih 6000 penduduk  di Pasir Gudang terjejas akibat pencemaran udara, sejak tiga hari lalu, kes yang sama berulang kembali di mana sudah mula banyak sekolah-sekolah di kawasan terbabit ditutup.

Sejak semalam 17 buah sekolah diarah tutup sehingga 27 Jun ini  dan berpuluh orang menerima rawatan akibat sesak nafas.

Hari ini tular para pelajar dari Sekokah Menengah Tanjung Puteri Resort yang pengsan dan lembik akibat kekurangan udara. Dalam masa 6 jam perkongsian seorang ibu di fb atas nama Julie Juliana, ia mendapat 3.8k syer dan ramai netizen meluahkan rasa meluat mereka dengan kejadian terbaru ini.

Sampai bila nyawa pelajar sekolah harus menjadi pertaruhan para pengilang yang membuang sisa toksid dan melepaskan bahan buangan ke udara sehingga kualiti udara jadi tidak sihat?
Beginilah keadaan para pelajar dari Sekolah Menengah Tanjung Puteri yang tular di media sosial. Gambar Julie Juliana
Apa perasaan ibu bapa yang pastinya risau bila malapetaka begini terjadi. Gambar Julie Juliana
Rawatan segera diberi kerana kebanyakan pelajar alami sesak nafas teruk. Gambar Julie Juliana
Seolah tiada belas kasihan akan nasib anak-anak ini. Pencemaran terus berlaku dan timbul pertanyaan, selamatkan Pasir Gudang dari diduduki manusia?
Pelajar sekolah ini pengsan selepas terhidu gas beracun di sekolah terbabit

Bayangkan ahli keluarga yang anak-anak mereka bersekolah di kawasan tercemar ini?

Jiwa kita pasti sebak melihat remaja pengsan akibat kekurangan oksigen malah gambar-gambar ini turut viral di media sosial yang akhirnya mengundang kemarahan orang ramai.

“Again and again”. Kata netizen.

“Mentang-mentang tidak kena pada ahli keluarga sendiri, kilang-kilang bebas mengeluarkan dan membuang sisa toksid tanpa memikirkan keselamatan orang ramai” luah mereka lagi.

Lebih menambah kemarahan netizen, jika Mac lalu Kerajaan Negeri mengeluarkan RM6.4 juta untuk membersihkan sungai Kim Kim yang tercemar, minggu ini ramai yang bertanya berapa juta lagi harus dikeluarkan oleh kerajaan untuk memastikan kesihatan penduduk dan pelajar di kawasan terbabit selamat?

Dalam satu kenyataan Pakar Kualiti Air dan Pemodelan, Dr Zaki Zainudin berkata penduduk tempatan pernah mengadu kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) namun TIADA maklum balas seperti dilaporkan oleh page Public Health Malaysia semalam.

Bencana ekologi Sungai Kim Kim adalah TRAGEDI yang menunggu masa. Ia adalah rahsia terbuka bahawa sungai itu telah menjadi tapak pembuangan sejak 2012,” katanya yang memerhatikan sungai itu hampir 10 tahun.

Terkini, 17 buah sekolah terpaksa ditutup berikutan pencemaran udara di Pasir Gudang.

Selamatkah Pasir Gudang untuk penduduk setempat?

Bayangkan apa kesan jangka panjang sekiranya pencemaran terus berlaku kepada penduduk tempatan.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros